Skip to content

PAS, JANGAN GUNAKAN TITAH SULTAN UNTUK CETUSKAN KONTROVERSI!

PAS jangan sengaja mengelirukan umat Islam dengan mengaitkan kemasukan babi hidup dari Sarawak dengan perbuatan derhaka terhadap Sultan Selangor.

Saya cabar PAS tunjukkan undang-undang mana yang melarang kemasukan babi hidup dari Sarawak atau negeri lain ke Selangor! Jangan sewenang-wenangnya menuduh pihak lain derhaka.

Umat Islam wajib mematuhi hukum pemakanan Islam. Namun, hukum tersebut tidak boleh dipaksakan ke atas bukan Islam yang berhak memilih makanan sendiri selagi mematuhi undang-undang negara.

Saya menggesa pihak berkuasa Selangor menyiasat dakwaan PAS dan mengambil tindakan undang-undang sekiranya terbukti mereka sengaja menyebarkan maklumat palsu untuk mengelirukan umat Islam.

PAS, jangan jadikan isu makanan bukan Islam sebagai modal politik untuk mengapi-apikan sentimen agama!