Tanggapan sebuah negara yang gagal adalah negara yang tidak lagi menyediakan perkhidmatan awam dan juga kebaikan politik pada rakyatnya. Dalam erti kata lain, negara-negara ini boleh memegang kerusi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan berfungsi sebagai sebuah entiti berdaulat dalam politik serantau dan dunia. Namun, dari segi menjaga kesejahteraan rakyat, ketidak upayaan kerajaan untuk bertindak adalah satu kegagalan dalam memerintah dan mentadbir.
Baru-baru ini dalam satu kenyataan, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah telah menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam menengahkan isu yang telah sekian lama menghantui rakyat Kelantan. Lebih teruk lagi beliau membuat kenyataan jahat dengan objektif ingin menjatuhkan usaha kerajaan Pulau Pinang dalam menangani isu banjir dan bencana alam.
Bertentangan dengan kenyataan beliau, Pulau Pinang dibawah pentadbiran DAP telah banyak bertambah maju; belanjawan tahunan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melonjat dari RM373 juta hasil pentadbiran Barisan Nasional/Gerakan lebih 50 tahun ke belanjawan kini yang bernilai agak-agak RM503 juta yang merekodkan lebihan (surplus) telah membolehkan kerajaan negeri melancarkan beberapa program kebajikan. Tambahan pula, kadar pengangguran dalam negeri Pulau Pinang adalah 1.7% – antara kadar terendah dalam Negara ini.
Setelah menubuhkan kerajaan negeri pada tahun 2008, kerajaan negeri yang diketuai DAP telah cepat menangani masalah banjir yang kerap berlaku di kawasan seperti Jalan P. Ramlee, Teluk Kumbar, Teluk Bahang, dan Kampung Tok Suboh. Usaha kerajaan negeri telah bertemu dengan sikap acuh tak acuh kerajaan persekutuan yang diperintah oleh Barisan Nasional. Kerajaan negeri Pulau Pinang memerlukan RM970 juta untuk 7 projek penebatan banjir, pembinaan 50 stesen pam, dan lima kolam penampungan. Semua ini telah dijanjikan dalam Pelan Malaysia ke-sembilan dan sehingga hari ini , jumlah sepenuhnya masih ditunggu-tunggukan.
Datuk Mohd Amar tidak wajar lupa bahawa kuasa politik dalam negara ini terlalu tertumpu pada tangan kerajaan pusat, yang sepatutnya menjaga kebajikan setiap negeri dan warganegara, tidak kira ideologi politik, kaum dan agama.
Biarpun kekurangan dana dari Putrajaya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2010 telah memperuntukkan RM242.95 juta untuk projek-projek penebatan air di kawasan Sungai Pinang, Kampung Dodol, Kampung Rawa, Dhoby Ghaut dan Sungai Jelutong.
Baru-baru ini, Kerajaan Negeri pimpinan DAP telah berjanji memperuntukkan sebanyak RM220 juta untuk kerja-kerja penebatan banjir dalam tahun 2017. Kedua-dua pihak kerajaan tempatan – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran SeberangPerai (MPSP) – juga masing-masing memperuntukkan RM20 juta untuk menyelesaikan masalah banjir. Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM50 juta kepada PBA Holdings untuk menghubungkan system saluran antara empangan Air Itam dan empanganTeluk Bahang.
PAS tidak harus mempolitikan isu sebegini dan patut mengetepikan sebarang perasaan tidak puas hati atau perbezaan dalam politik dalam melakukan apa yang terbaik untuk rakyat Kelantan. Ketika Kelantan jatuh ketangan Barisan Nasional pada tahun 1978, DAP telah membantu PAS mengharungi satu jangkamasa yang susah. Malah, Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang sendiri pernah berkata dalam satu wawancara bahawa “walaupun terdapat perbezaan(dengan DAP) dalam isu Hudud dan perkara-perkara halal haram, kami mempunyai persamaan, iaitu memerangi rasuah, ketidak adilan, dan berjuang untuk keadilan untuk semua.”
DAP bukan musuh – bukan kita yang mencekik Negara ini dengan rasuah dan kepincangan pengurusan. Bukan DAP yang terlibat dalam skandal-skandal kewangan yang melibatkan Mara, Felda dan Tabung Haji.
Sudah tiba masanya bagi Kerajaan Negeri Kelantan PAS menjadi kerajaanu ntuk rakyat Kelantan, dengan menyediakan perkhidmatan awam yang asas dan juga kebaikan politik, supaya rakyat Kelantan tidak lagi perlu mengalami keperitan.