Skip to content

PAS memang pakar dalam menunggang segala isu, sampai tempoh sidang parlimen pun boleh ditunggang.

Orang yang tak celik akan ingat bahawa kerajaan Madani telah membatalkan sidang parlimen dan tidak berani berdepan dengan pembangkang sebagaimana apa yang rejim PN pernah buatkan seketika dahulu.

Namun faktanya adalah bahawa sidang parlimen hanya ditukarkan tarikh sahaja pun, dan boleh dikaitkan dengan pelbagai muslihat dan sebagainya.

Senang cerita, tukar tarikh sahaja, bukannya menutup parlimen.

Bila parlimen bersidang, adakah Ketua Pembangkang, Pengerusi PN atau Presiden PAS pernah memanfaatkan sidang parlimen untuk menjadi kuasa semak imbang yang berfungsi?

Macam mana dengan kadar kehadiran ketiga-tiga pemimpin tersebut khususnya dalam sesi Soal Jawab Perdana Menteri?

Apakah prakarsa yang ditunjukkan wakil rakyat PN apabila kerajaan melaksanakan langkah-langkah reformasi institusi? Jawapannya adalah tidak menyokong dan ada yang tidak hadir.

Dahlah merupakan rejim gagal, masih nak berbunyi kuat seperti tin kosong.

Bukan sahaja gagal dalam mentadbir, malah gagal dalam membangkang.