Skip to content

PAS – Penyakit dua beranak-menantu?

Kenyataan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP), YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim bertajuk “DAP bakal berkubur Ankara cengkaman dua beranak” adalah penuh dengan fitnah. Tohmahan berbauan BN-UMNO terhadap DAP ini jelas membuktikan bahawa virus UMNO yang berunsur fitnah dan rasis telahpun berjaya menjangkiti PAS bukan sahaja atas pimpinan utama PAS pada hari ini, tetapi juga pimpinan Dewan Pemuda PAS.

Dakwaan bahawa DAP memperlekehkan syariat dan mempertikaikan status quo negara ini adalah dakwaan kosong dan tidak berasas. DAPSY hendak mengingatkan DPP bahawa prinsip perjuangan DAP yang berlandaskan demokrasi berparlimen, dan menghormati peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak pernah berubah sejak penubuhannya pada tahun 1966. Biarpun pada tahun 1999 apabila DAP bersama dengan PAS dalam Barisan Alternatif, ataupun pada tahun 2008 sehingga 2015 dalam Pakatan Rakyat.

PAS sememangnya jelas dengan perjuangan DAP sepanjang masa ini, dan khasnya dalam era Pakatan Rakyat, pimpinan PAS yang membantu dan bersama-sama DAP untuk menolak dakwaan-dakwaan fitnah dari UMNO. Namun, DPP sekarang telah berpura-pura buat tidak tahu.

Sepanjang masa ini, kerja-kerja untuk melabelkan DAP secagai anti-Islam dan anti-Melayu telah dibawa oleh UMNO melalui dakwaan palsu dan fitnah, untuk tujuan politik mereka. PAS dan DPP sekarang telah mengikut jejak landasan UMNO yang menggunakan taktik politik yang sebegitu kotor, apabila mereka sedar bahawa rakyat sudah jelas dengan pendirian PAS sekarang yang lebih cenderung dan memihak kepada UMNO dan Perdana Menteri Najib Razak yang sekarang dilanda dengan skandal-skandal besar. Pimpinan utama PAS telah sama berfikiran dengan UMNO, iaitu mahu bergantung kepada isu perkauman dan agama serta unsur fitnah dan ketakutan, untuk menyelamatkan riwayat politik masing-masing

Saya sememangnya meragui motif sebenar kenyataan daripada Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS ini samaada bertujuan untuk menghertik Presiden PAS Tuan Guru Hadi Awang sendiri. Adalah pengetahuan umum bahawa bukan sahaja Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi, adalah anak kepada TGHA, tetapi menantunya Ust Akmal Kamarudin juga merupakan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Perak, yang turut merupakan calon DUN Selama di Perak pada PRU13.

Samada kenyataan dari DPP sebegini juga adalah hasil “penyakit dua beranak” yang berjangkit di kalangan pimpinan PAS, ataupun dengan lebih tepat lagi “penyakit dua beranak dan menantu” yang menjangkiti pemikiran pimpinan PAS sekarang?