Saya terkilan apabila membaca berita bahawa rombongan Ketua Pemuda PAS Selangor membuat tohmahan bahawa saya menggunakan isu sakit Mursyidul Am PAS sebagai bahan politik.
Malah, rombongan Pemuda PAS Selangor cuba menyampaikan mesej bahawa saya memuatnaikkan gambar/poster tersebut selepas Mursyidul Am dimasukkan wad.
Ingin saya tegaskan bahawa ini adalah FITNAH semata-mata lantaran kenyataan yang dikeluarkan saya adalah pada 15 November 2025, dan Mursyidul Am adalah dilaporkan memasuki wad pada 19 November 2025, maknanya EMPAT HARI SELEPAS KENYATAAN DIBUAT.
Seperti mana amalan lumrah PAS yang membuat fitnah seperti Ahli Parlimen Kepala Batas & Ahli Dewan Negeri Gunung Semanggol, Pemuda PAS Selangor juga membuat demikian biarpun jelas-jelas mengetahui bahawa ini adalah tidak benar.
Saya menuntut Pemuda PAS Selangor untuk menarik balik kenyataan tersebut serta-merta dan memohon maaf secara terbuka kepada saya dalam pelbagai media sosial rasmi (Tik Tok, Facebook dan Instagram) atas kenyataan mereka yang menyatakan bahawa saya menggunakan isu sakit Mursyidul Am PAS sebagai bahan politik.
Sekiranya kenyataan fitnah sedemikian tidak ditarik balik, saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pemfitnah sebegini.