Skip to content

Pasukan “Saya Sayang Pulau Pinang” DAP untuk Pilihan Raya Umum ke-14 bakal berjuang untuk sebuah Pulau Pinang yang disayangi semua kerana bersih, hijau, selamat dan sihat

Pasukan “Saya Sayang Pulau Pinang” DAP Untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 Bakal Berjuang Untuk Sebuah Pulau Pinang Yang Disayangi Semua Kerana Bersih, Hijau, Selamat dan Sihat. Pakatan Harapan berbangga dengan kejayaan hebat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mentransformasikan sebuah negeri, yang dahulunya dikritik sebagai yang paling kotor di Malaysia sebelum 2008, kepada salah sebuah yang terbersih dalam negara dan di ASEAN kini.

Pulau Pinang juga bersih, memperoleh pengiktirafan daripada Transparency International ekoran menjalankan tender terbuka dan pengurusan kewangan yang baik sebagaimana dilaporkan di dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara. Ini ditunjukkan di dalam surplus tahunan, peningkatan aset simpanan melebihi 100% kepada RM1.83 bilion dan pengurangan hutang negeri sebanyak 90% kepada hanya RM62 juta, iaitu terendah di dalam negara.

Pasukan “Saya Sayang Pulau Pinang” DAP akan berjuang untuk pembinaan transit aliran ringan (LRT) di Pulau Pinang, bukan hanya di bahagian pulau, malah juga menghubungkan Seberang Perai iaitu Butterworth, Seberang Jaya, Bukit Mertajam dan Batu Kawan. Pulau Pinang memerlukan sebuah sistem pengangkutan awam yang “menggerakkan orang, bukannya kenderaan” bagi menyurai kesesakan lalu lintas. BN gagal menyatakan sebarang projek LRT untuk Pulau Pinang di dalam manifesto Pilihan Raya Umum mereka.

BN gagal menunaikan janji yang dibuat sebanyak 3 kali oleh Perdana Menteri untuk membina LRT. BN patut dikritik ekoran cubaan untuk mensabotaj usaha Kerajaan Negeri menjalankan apa yang gagal dilaksanakan oleh BN, terutamanya membina LRT dan projek-projek infrastruktur lain seperti lebuh raya dan terowong dasar laut yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam untuk penduduk Seberang Perai Utara. Paling menyedihkan, BN tidak menawarkan sebarang sistem LRT alternatif di dalam manifesto Pilihan Raya Umum mereka.

Bagaimanapun, penyalahgunaan kuasa Kerajaan Persekutuan BN untuk mensabotaj inisiatif kita untuk membina LRT dan terowong dasar laut, akan gagal sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya pada 9 Mei 2018. Berlandaskan itu, ia adalah penting untuk pasukan “Saya Sayang Pulau Pinang” DAP bukan hanya membantu Pakatan Harapan mengekalkan Pulau Pinang malah juga memenangi Putrajaya.

Pakatan Harapan perlu memenangi Putrajaya untuk menghapuskan cukai GST yang tidak adil dan pungutan tol-tol di lebuh-lebuh raya, yang telah memperoleh keuntungan luar biasa kepada syarikat-syarikat konsesi BN. Sebagai respons, BN telah menawarkan untuk menghapuskan tol kepada pengguna motosikal di Jambatan Pulau Pinang dan keperluan mengekalkan GST untuk membayar BR1M sebanyak RM1,200, yang secara tiba-tiba ditingkatkan kepada RM2,000 pada minggu lepas.

Sekiranya Pakatan memenangi Putrajaya, Pakatan Harapan tidak akan menghadapi kesukaran untuk membayar BR1M sebanyak RM2,000 walaupun GST dihapuskan. Negara tidak akan menjadi bankrap tanpa GST. Dapatkan kembali semua wang yang dicuri daripada 1MDB dan yang tersembunyi di luar negara, disusuli dengan model pentandbiran bersih Pulau Pinang pasti mampu mengenal pasti dana yang mencukupi.

Sebagai tambahan, semua tol di Jambatan Petama Pulau Pinang akan dihapuskan, bukan hanya kepada motosikal. Ia adalah salah untuk Jambatan Pertama Pulau Pinang masih memungut tol apabila semua kos pembinaan dan penyelenggaraan berjumlah RM1.5 bilion telah ditampung dengan pungutan sehingga kini berjumlah RM1.7 bilion. Walaupun memperoleh keuntungan secara membuta tuli, BN masih berhasrat untuk memungut tol sehingga tahun 2038!

Marilah kita menang untuk Pulau Pinang dengan membina LRT yang menghubungkan bahagian pulau ke Seberang Perai dan menghapuskan tol untuk semua kenderaan di Jambatan Pertama Pulau Pinang.

Saya Sayang Pulau Pinang!