Di Kuwait, sebuah mahkamah telah menyabit bersalah tanpa hadir terhadap ahli perniagaan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, atas kesalahan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan skandal 1MDB dan menjatuhkan hukuman penjara selama sepuluh tahun bersama dengan seorang sheikh, pasangannya, dan seorang lagi warga asing, manakala seorang peguam pula dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun.
Di Amerika Syarikat, pemilihan juri untuk perbicaraan ahli muzik yang pernah memenangi anugerah Grammy, Pras Michel, bermula di Washington untuk pertuduhan mengenai peranan yang dimainkannya dalam skandal 1MDB yang mungkin akan menyebabkan Michel dihantar ke penjara selama berdekad lamanya.
Minggu lepas, sebuah mahkamah di New York telah menolak dakwaan bekas jurubank Goldman Sachs, Roger Ng, yang dia tidak boleh dilucuthak AS$ 35.1 juta (RM155.4 juta) memandangkan kerajaan Malaysia telah mengambil “semua wangnya”.
Hakim daerah AS, Margo Brodie, mengatakan yang jumlah yang dikenakan terhadapnya “tidak terlampau banyak” dan dia bertanggungjawab dengan undang-undang untuk mengenakan hukuman tersebut.
Dia berkata, Ng “terlibat dengan sukarela” dalam skandal 1Malaysia Development Berhad.
Ng telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun untuk peranannya dalam skandal ini.
Bertahun-tahun lagi diperlukan sebelum Malaysia dapat meninggalkan malu dan aib akibat skandal 1MDB dan tidak lagi dianggap sebagai sebuah negara kleptokratik, tetapi inilah matlamat untuk mana-mana kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab dan jujur dan perkara ini memerlukan perang besar-besaran terhadap rasuah dari semua sudut serta komitmen penuh untuk memastikan adanya tadbir urus baik di Malaysia.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim patut dipuji kerana telah melantik bekas Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani, untuk mengetuai satu pasukan tindakan untuk menyiasat penyelesaian yang melibatkan AS$ 2.5 billion di antara Goldman Sachs dan kerajaan di mana penyelesaian ini sepatutnya diselesaikan pada 200 peratus lebih tinggi.
Pasukan tindakan Johari patut diberikan kuasa untuk menyiasat mana-mana lagi penyelesaian dalam kes 1MDB yang tidak memuaskan, seperti penyelesaian kes 1MDB-IPIC dan badan ini patut membentangkan laporan pertama mereka kepada sidang Parlimen Mei/Jun yang akan datang.