Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin meyakinkan pelabur, pelancong, komuniti perniagaan dan penduduk bahawa arahan “tiada catuan air” di Pulau Pinang merupakan keutamaan. Oleh itu, kerajaan negeri akan mengambil setiap langkah yang mungkin untuk memelihara sumber air, termasuk meningkatkan tarif air domestik buat kali pertama sejak tahun 1993, untuk mengelakkan catuan air.
Kenyataan Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Jaseni Maidinsa pada hari Ahad bahawa Pulau Pinang masih berdepan kemungkinan menghadapi catuan air kerana hujan dijangka lebih rendah pada bulan ini tidak boleh diterima. Ir Jaseni menyatakan tiga sebab utama perkara ini:
- Hujan yang kurang pada bulan April 2014 apabila dibandingkan dengan purata sebelumnya;
- Tahap Sungai Muda dan kapasiti efektif tiga empangan utama di Pulau Pinang belum sepenuhnya “pulih” lagi; dan
- Penggunaan domestik per kapita di Pulau Pinang, pada kadar 311 l/k/h, berada di tahap tertinggi akibat tarif air yang terendah di Malaysia.
Oleh kerana kerajaan negeri bersedia untuk menghadapi risiko dengan membenarkan tarif air dinaikkan, Jaseni telah dimaklumkan bahawa tindakan akan diambil jika catuan air masih perlu dikenakan. Kerajaan negeri bersetuju dengan kenyataan Jaseni bahawa tidak ada catuan di Pulau Pinang kerana PBAPP telah menguruskan bekalan air di Pulau Pinang dengan cekap dan kehilangan air dari segi Air Tanpa Hasil atau Non-Revenue Water hanya pada kadar 17.6%, iaitu kadar terendah di Malaysia berbanding dengan purata negara sebanyak 36.4%.
Jaseni menambah bahawa adalah tidak betul dan tidak mampan untuk penduduk Pulau Pinang menggunakan 311 liter/kapita/hari apabila negeri-negeri lain sedang menjalani catuan air. Jaseni adalah betul kerana penggunaan air di Pulau Pinang adalah 50% melebihi purata negara sebanyak 212 l/k/h. Singapura menggunakan 151 manakala Bangsa-bangsa Bersatu mencadangkan kadar 100.
Dalam menjadikan pemumuliharaan sumber air sebagai keutamaan, penggunaan air yang tinggi seperti di Pulau Pinang tidak akan berkekalan semasa kemarau yang berpanjangan dan perlu dikurangkan melalui peningkatan tarif air. Saya mengakui bahawa hampir semua NGO tulen telah mengkritik kerajaan negeri sejak tahun 2008 kerana tidak menjalankan kenaikan tarif air lebih awal.
Akhir sekali, saya ingin membetulkan salah lapor media arus perdana berkenaan jawapan saya kepada cadangan kuantum kenaikan tarif air domestik oleh Presiden Water Watch Penang Prof Chan Ngai Weng dari Universiti Sains Malaysia. Profesor Chan mencadangkan kenaikan tarif air domestik tidak dikenakan atas 20m3 pertama air yang digunakan, tetapi meningkat dengan mendadak apabila orang menggunakan lebih daripada jumlah ini (jumlah yang dianggap mencukupi untuk purata keluarga) seperti berikut:
- 0-20 m3 = 22 sen/m3 (Tiada perubahan tarif);
- 21-30 m3 = 80 sen/m3 (Pada kadar kos);
- 31-40 m3 = RM1.30/m3 (Dua kali ganda kos pengeluaran); dan selepas itu, setiap penggunaan tambahan 10m3 akan melibatkan peningkatan tarif sebanyak dua kali ganda.
Saya telah menjawab bahawa cadangan kenaikan 200-300% tarif air oleh Profesor Chan adalah terlalu drastik dan tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri. Kerajaan negeri akan memastikan bahawa struktur tarif air baru boleh mengurangkan penggunaan air tetapi tidak akan membebankan golongan miskin dan tidak menghukum pengguna air yang berhemah.
Dalam menerima pakai cadangan pengurusan PBAPP untuk meningkatkan kenaikan tarif air, PBAPP harus berbalas dengan tidak mempertimbangkan kemungkinan untuk mengenakan catuan air. Saya menegaskan bahawa Pulau Pinang tidak akan mengenakan catuan air.