Skip to content

PEJA TIPU!!!

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Haji Azumu berbohong di pilihan raya kecil Kuala Kubu Bahru (KKB). Kita tolak calon daripada parti yang mempunyai pemimpin yang berbohong.

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Haji Azumu (Peja), berbohong di pilihan raya kecil KKB. Rakaman video ucapan beliau di KKB dilampirkan bersama kenyataan media ini.

Beliau berbohong menyatakan DAP Perak mencetak manifesto pilihan raya PH Perak menjanjikan tanah 999 tahun untuk tanah Kampung Bahru tanpa persetujuan parti-parti komponen PH Perak pada tahun 2018.

Manifesto PH Perak disediakan oleh parti-parti komponen PH Perak pada tahun 2018.

Kita tahu Peja berbohong kerana di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) yang merupakan undang-undang tanah bagi Negeri Perak dan Semenanjung Malaysia tidak ada pemberian tanah selama 999 tahun. KTN hanya memperuntukan pajakan sampai 99 tahun atau hak milik tanah untuk tempoh selama-lamanya.

Peja yang telah menjadi Menteri Besar Perak pada tahun 2018 adalah daripada Bersatu. Beliau tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik dan sentiasa bermain politik kotor. Tindakan-tindakan beliau telah memudaratkan kesejahteraan rakyat negeri Perak.

Peja enggan melaksanakan janji-janji dalam manifesto PH Perak supaya rakyat marah terhadap PH Perak. Peja selalu bertindak cuba memecahbelahkan gabungan dalam PH Perak. Sungguhpun beliau tidak berjaya memecahbelahkan gabungan dalam PH Perak tetapi beliau telah berjaya menyebabkan banyak masalah dalam PH Perak.

Beliau akhirnya berjaya mendapat 3 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak daripada PH Perak untuk mengikut beliau. Mereka adalah Hasnul Zulkanain (ADUN Kawasan Titi Serong merangkap Ketua Pemuda Amanah Malaysia), Abdul Yunus Jamhari (ADUN Kuala Kurau daripada PKR) dan Yong Choo Kiong (ADUN Tronoh daripada DAP)

Memandangkan tindakan-tindakan keji Peja dan kemudaratan yang dibawanya kepada rakyat Negeri Perak, PH Perak telah bersetuju dengan UMNO Perak untuk menumbangkannya daripada memimpin Kerajaan Negeri Perak.

Rakyat mesti sedar ketamatan kuasa oleh pemimpin-pemimpin Bersatu seperti Peja dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu yang terlibat dalam Langkah Sheraton) telah menyebabkan ketidakstabilan politik yang mempunyai kesan buruk kepada rakyat dan Negara. Rakyat mesti bangkit dan menyokong calon PH di KKB dan menolak calon Barsatu / PN dalam pilihan kecil KKB pada 11/5/2024 ini.