Skip to content

Pejabat YB Kelvin Yii saya telah menyumbangan sebanyak RM94,936 untuk SK Catholic English untuk naik taraf bilik guru, dan bilik kelas.

Pada masa ini, meja dan kerusi sekolah telah lama digunakan dan mengalami kerosakan serta menjejaskan pembelajaran murid dan guru.

Oleh itu, atas permintaan pihak sekolah, pejabat saya memperuntukkan dana untuk membeli meja dan kerusi baharu bagi menggantikan perabot uzur sedia ada. Pihak sekolah juga berharap melalui langkah penambahbaikan ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa dan moden.

Pembelian meja dan kerusi baharu bukan sahaja penambahbaikan dalam kemudahan material, tetapi juga sebahagian daripada usaha berterusan sekolah untuk pendidikan berkualiti tinggi.

Dengan menambah baik peralatan kemudahan, saya berharap dapat mewujudkan ruang pembelajaran yang lebih mesra dan cekap untuk murid-murid, di samping menyediakan sokongan yang lebih baik untuk pengajaran guru.