DAP Johor telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Penyelamatan Banjir serta mengaktifkan 13 pejabat wakil rakyat khusus bagi tujuan mengumpulkan sumbangan dari orang awam untuk diagihkan kepada mangsa banjir di tempat-tempat yang memerlukan.
Bermula dari 29hb hingga 30hb Disember ini, sebanyak 13 pejabat wakil rakyat DAP akan dibuka untuk tujuan mengumpul barangan sumbangan seperti biskut, mee segera, beras, susu tepung, tuala wanita, pampers, ubat dan sebagainya.
Memandangkan keadaan banjir yang semakin buruk di seluruh negara, DAP Johor mengambil inisiatif menubuhkan Jawatankuasa Khas Penyelamatan Banjir ini sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan buruk apatah lagi negeri Johor juga turut telah mula dinaiki air.
Keutamaan barang sumbangan yang diberikan oleh orang awam akan disalurkan terlebih dahulu kepada mangsa-mangsa banjir dalam negeri Johor sendiri sekiranya keadaan bencana bertambah buruk.
Walaubagaimanapun, semua barang akan dihantar terus ke pantai timur sekiranya keadaan di negeri Johor dapat dikawal.
Selain daripada itu, orang awam digalakkan menyumbang dalam bentuk wang ringgit ke “Tabung Dana Kecemasan” menerusi nombor akaun Ambank: 8881002244649
Senarai Jawatankuasa Khas Penyelamatan Banjir DAP Johor adalah seperti berikut:
Pengerusi: Gan Peck Cheng
Naib Pengerusi: S. Ramakrisnan, Tan Chen Choon
Setiausaha: George Poh Eng Guan
Bendahari: Chua Wee Beng
AJK: Mazir Ibrahim (Barat Daya Johor), Lim Eng Guan (Utara Johor), Ee Chin Li (Barat Laut Johor), Wong Shu Qi (Tenggara Johor) and Ng Siam Luang (Selatan Johor).
13 pejabat wakil rakyat yang diaktifkan untuk mengumpul barangan sumbangan:
Pusat Komuniti Senai
779, Jalan Teratai 36/9, Taman Indahpura. 81400. Senai. Johor
No Tel: 016-7763627
Pusat Komuniti Kluang
33, Jalan Tasik 1, Pusat Perniagaan Tasik, 86000 Kluang, Johor
No Tel: 07-7779758
Pusat Komuniti Chaah
No. 112, 1st Floor, Jalan Segamat. 85300 Labis. Johor.
No Tel: 07-9252379
Pusat Komuniti Jementah
No 9, Taman Sri Permatang, 85200 Jementah, Johor
(2.30pm – 6pm)
No Tel: 07-9471458
Pusat Komuniti ADUN Tangkak
No 27, Jalan Kemajuan, Off Jalan Payamas, Tangkak, 84900 Ledang, Johor.
No Tel: 012-6831477
Pejabat DUN Penggaram
42A, Jln Omar, 83000 Batu Pahat, Johor.
(1pm – 8pm)
No Tel :07-4315596, 0177281294
Pusat Komuniti Yong Peng
6A, Jalan Madu1, Taman Madu. 83700. Yong Peng. Johor.
No Tel: 019-7744916
Pusat Komuniti Pontian
20, Jalan Bakek Jaya Utama, Taman Bakek Jaya, 82000 Pontian.
No Tel: 07-6862429
Pejabat Ahli Parlimen Kulai
21-A, Jalan Tropika 1, Taman Tropika, 81000 Kulaijaya, Johor.
No Tel: 016-9481126
Pusat Komuniti DUN Johor Jaya
20, Jalan Rosmerah 3/2, Taman Johor jaya. 81100. Johor Bahru.
No Tel: 07-3504466, 0167726276
Pusat Komuniti Stulang
10A Jalan Maju, Taman Maju Jaya, 80400 Johor Bahru, Johor
No Tel: 07-5127 652
Pejabat Ahli Parlimen Gelang Patah
35A, Jalan Medan Perintis 7, Taman Nusa Perintis 2. 81550 Gelang Patah, Johor
Tel: 03-9200 5000
Pusat Komuniti Pengkalan Rinting
119A, Jalan Nusa Bestari 2 (2/2), Taman Nusa Bestari 2. 79150 Nusajaya, Johor
No Tel: 07-5596 695