Pekebun-pekebun kecil kelapa sawit dikecualikan daripada cukai Durian Runtuh. Estet-estet yang keluasan mereka lebih daripada 100 ekar hanya dikenakan 3.0% untuk Semenanjung Malaysia dan 1.5% untuk Sabah dan Sarawak cukai Durian Runtuh dan bukannya 15.0% seperti yang sering disalah lapur dalam media massa.
Cukai Durian Runtuh dikenakan apabila harga minyak kelapa (Crude Palm Oil) mencecah RM2,500-00 satu metrik tan.
Kenaikan harga kelapa sawit baru-baru ini telah membawa kelegaan dan kegembiraan kepada pekebun pekebun kecil dan tuanpunya-tuanpunya estet-estet kelapa sawit. Baru-baru ini harga kelapa sawit telah mencecah harga RM2,900-00 berbanding dengan harga serendah RM1,700-00 pada bulan Oktober tahun lepas (2018).
Pada tahun 2008, apabila cukai durian runtuh mula-mula dikenakan, harga RM2,500-00 se metrik tan dianggap satu harga yang amat baik.
Tuanpunya-tuanpunya ladang kelapa sawit bagaimana pun, berasa harga RM2,500-00 se metric tan sekarang bukannya lagi satu harga durian runtuh. Ini adalah kerana kos pengeluaran telah berlipat ganda dan nilai wang ringgit sudah menurun dengan ketaranya sedekad ini.
Tuanpunya-tuanpunya ladang kelapa sawit berharap cukai durian runtuh tidak dikenakan.
Saya merakamkan penghargaannya kepada semua pihak terutamanya Menteri Industri Utama, Teresa Kok atas usaha mereka menaikkan harga kelapa sawit.