Skip to content

Pembukaan tanah di Cameron Highlands datang risiko banjir lumpur, kerajaan perlu ambil langkah kecemasan membaiki cerun

Pada bulan lepas, sebuah syarikat diberi permit untuk membuka tanah di kawasan hutan seluas 6.475 hektar berhampiran Kampung Raja, Cameron Highlands. Aktiviti pembukaan tanah telah menyebabkan pokok kayu dihanyutkan bersama lumpur ke lereng gunung dan berkemungkinan mengundang kepada tanah runtuh yang akan memusnahkan Kampung Raja.

Oleh, itu, ramai penduduk Kampung Raja menzahirkan kebimbangan mereka berkenaan risiko tanah runtuh.

Disebabkan lumpur mengalir ke longkang dalam kawasan Kampung Baru, saya dan penduduk tempatan berjalan mengikut aliran sungai demi meninjau kawasan tersebut.

Keadaan sepanjang sungai ini amat mengejutkan kerana pokok-pokok di kawasan tersebut telah ditebang secara besar-besaran, manakala pokok dan lumput telah dihanyutkan ke lereng gunung.

Setelah pembukaan tanah dijalankan, pokok telah dihanyutkan bersama lumpur sehingga ke lereng gunung, di mana jaraknya hanya 1km daripada Kampung Raja. Kalau musim tengkujuh tiba, pokok mungkin akan dihanyutkan bersama lumpur ke kawasan bawah dan menyebabkan banjir lumpur yang memusnahkan kampung, sepertimana bencana yang berlaku di Baling, Kedah beberapa bulan yang lalu.

Sebelum ini, kebun haram pernah beroperasi di kawasan yang sama, tetapi telah diambil tindakan dan dimusnahkan dalam Ops Gading beberapa tahun yang lepas. Tiada mana-mana pihak menjalankan aktiviti pembangunan dan pertanian di kawasan tersebut selepas tindakan penguatkuasaan Ops Gading.

Namun, kerajaan Negeri dan pihak berkuasa seolah-olahnya mengalami “anjakan sikap” kerana membenarkan syarikat besar untuk menjalankan aktiviti pembukaan tanah yang lebih berskala besar di kawasan tersebut. Tindakan tersebut telah menunjukkan “layanan dua darjat” dan kontradikisi yang membingungkan semua.

Kerajaan telah memusnahkan kebun di kawasan tersebut beberapa tahun lepas, namun kini membenarkan pembukaan tanah secara besar-besaran. Tindakan Kerajaan Negeri telah menimbulkan persoalan orang ramai tentang sama ada penyalahgunaan kuasa berlaku untuk kepentingan pihak tertentu.

Selain itu, disebabkan cerun tersebut amat berhampiran dengan Kampung Baru Kampung Raja, para penduduk menzahirkan kebimbangan tentang aktiviti pembalakan. Hal ini demikian kerana pada musim tengkujuh, pokok dan sampah berkemungkinan akan dihanyutkan bersama lumpur ke kawasan kampung dan membahayakan nyawa penduduk.

Sebagai langkah jangka masa pendek, saya menyeru Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan berkaitan agar segera memasang sistem amaran digital bencana yang dapat mengesan pergerakan tanah 24 jam sehari dan menghantar amaran kepada penduduk untuk meninggalkan tempat berisiko dengan segera.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri dan PBT perlu memandang serius terhadap masalah dan mengambil langkah proaktif, termasuk memberhentikan segala aktiviti penebangan pokok dan menjalankan kerja-kerja pembaikpulihan demi mengelakkan berlakunya tanah runtuh.

Maka, saya juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri dan pihak berkenaan untuk menanam semula pokok-pokok di kawasan tersebut bagi memelihara cerun dan membina sistem saluran air untuk tujuan membaiki cerun demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk Cameron Highlands.