Kata-kata semangat oleh menteri besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan kepada Pemuda BN sewaktu Majlis Pelancaran Briged Gempur di Negeri Sembilan baru baru ini telah diviralkan dalam internet.
Beliau telah menggunakan nada dan kata yang jelas berhasrat menghasut peserta program itu untuk berkempen dengan cara samseng dan tidak bertamadun, serta mengajak pemuda partinya mengundang keganasan dan kekecohan.
“Jika ada kedai kopi yang menjadi sarang memfitnah kerajaan, gempur kedai kopi tersebut, ganyang dia, terbalikkan meja dia, kena tangkap dengan Polis saya jamin, jangan bagi muka dengan pembangkang, hentam pembangkang” kata Menteri Besar dari UMNO tersebut.
Kami, Pemuda Harapan Malaysia menolak sekeras-kerasnya budaya samseng seperti yang ditonjolkan oleh Mohamad Hasan. Kami juga membidas sekeras-kerasnya sebarang hasutan yang mengundang tindakan keganasan, apatah lagi sebagai kaedah melawan musuh politik.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Belia dan sukan Khairy Jamaluddin, yang berkenampakan ghairah bersorak kegirangan atas hasutan samseng Mohamad Hasan itu.
Timbalan perdana Menteri merangkap menteri dalam negeri Zahid Hamidi, juga baru-baru ini telah memberi amaran kepada individu dan organisasi yang berpotensi melakukan ‘serangan mengejut di saat akhir’ (SLMA) bertujuan menimbulkan kekecohan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Kononnya kelompok ini telah pun dikenal pasti oleh pihak polis.
Soalan-soalan yang tertimbul di sini adalah seperti berikut:
- Adakah ajakan Mohamad Hasan inilah yang disebutkan oleh TPM sebagai ‘serangan mengejut di saat terakhir’?
- Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak polis keatas kata-kata hasutan menteri besar samseng tersebut?
- Apakah pendirian rasmi Khairy jamaluddin terhadap hujah hasutan Mohamad Hasan ini, dan adakah beliau sanggup mendapat kemenangan di Rembau melalui kaedah berkempen sebegitu samseng?
- Benarkah samseng yang mengganyang penyokong parti bukan BN, serta menerbalikkan meja orang lain di kedai kopi boleh dilepaskan begitu sahaja, sekiranya MB UMNO samsengnya menjamin?
Tidak hairanlah pemuda UMNO dan BN semakin hari semakin rapoh kerana dipimpini oleh samseng dan terdedah kepada pimpinan kesat dan sesat.