Skip to content

Penambahbaikan sistem jawatankuasa Parlimen

Pembaharuan Parlimen merupakan agenda yang diutamakan oleh Parlimen Ke-14 ini, dan ini adalah amat penting kerana kita sekian maklum pemimpin come and go dan kita hendak menggunakan mandate yang ada dengan kita untuk menetapkan satu sistem yang baik untuk masa depan Parlimen.

Seperti yang kita sedia maklum, sistem jawatankuasa merupakan satu cabang yang dititik-beratkan dalam agenda pembaharuan Parlimen. Namun, we have to equip these committees. Kita haruslah memperkasakan jawatankuasa-jawatankuasa ini, pertamanya, dengan membekalkan sekretariat dan support-staffs yang mencukupi. Saya ingin mengulangi dalam Dewan yang mulia ini, PAC telah bersidang 27 kali , dan selain daripada 13 anggota yang dilantik oleh Dewan ini, PAC hanya dibekalkan dengan SEORANG Ketua Sekretariat, yang juga bertanggungjawab kepada Dewan Rakyat dan terlibat juga dalam perkara-perkara Kamar Khas. Selain daripada itu, hanya 2 orang Pekerja Kontrak sahaja yang membantu dalam clerical works.

PAC telah terlibat dalam penyiasatan lebih daripada 5 perkara sehingga kini, dan 2 laporan dijangka akan dibentagkan dalam Dewan yang mulia ini pada penggal ini. Support-Staff yang dinyatakan di atas jelas tidak mencukupi.

Juga hendak dinyatakan di sini bahawa, 7 Jawatakankuasa Pilihan Khas yang ditubuhkan turut menggunakan kakitangan yang sama, yang jumlahnya tidak sampai 10 orang. Merekalah yang terlibat dalam catatan minit, handsard, kerja-kerja pengkeranian dan sebagainya. J/k termasuk: JKPK Petahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri, JKPK Hak Asasi dan Kesaksamaan Gender, JKPK Hubungan antara Negeri-Negeri dan Persekutuan, JKPK Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam, JKPK Menimbang Rang Undang-undang, JKPK Bajet dan Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus.

Sebagai satu jalan untuk menyelesaikan masalah ini, saya mendesak supaya Kerajaan dapat menyegerakan pembentangan Parliament Services Act yang telahpun dijanjikan dalam Manifesto, selewat-lewatnya dalam sidang pada bulan Julai ini, untuk membolehkan pembaharuan parlimen dijalan dengan lebih lancar lagi.

Sekurang-kurangnya untuk PAC, anggota-anggota akan menunjukkan bahawa kita bukan dan kita tidak akan menjadi toothless tiger.

Pada masa yang sama, lanjutan dari hasrat Ahli-Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk menjalankan prosiding-prosiding PAC secara terbuka kecuali untuk kes-kes yang melibatkan keselamatan negara, dan selaras dengan amalan PAC di negara-negara yang mempunyai sistem demokrasi yang maju seperti UK dan Australia, saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan supaya untuk membawa satu Rang Undang-Undang Pindaan terhadap House of Parliament (Privileges And Powers) Act 1952 dan memansuhkan Klausa 9(m) Akta tersebut yang menjadikan suatu kesalahan dalam pencetakan laporan atau keterangan-keterangan prosiding dalam sesebuah jawatankuasa parlimen.

Klausa 9(m) menyatakan sedemikian:-

Power of House to punish for contempt of the House

9. The House may, for or in respect of any of the offences hereinafter mentioned, whether committed by a member or by any other person, summarily punish for contempt by fine not exceeding one thousand ringgit as provided by the standing orders or by this Act; and if any such fine so imposed be not immediately paid the offender shall be committed to the custody of the keeper of any gaol or of an officer of the House in such place as it may direct until payment be made or until the House is dissolved or prorogued, whichever be the earlier. The said offences shall be—

(m) the publication of any Report of a Committee of the House or of any evidence given or any documents presented to such Committee or extracts from such documents, before such Committee has presented its Report to the House.

Pada masa yang sama, saya juga mengesa supaya Jawatankuasa Perintah Tetap untuk berbincang dan meminda Peraturan 85 Peraturan Tetap Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, supaya prosiding sesebuah Jawatankuasa Pilihan boleh dijalankan secara terbuka selain daripada melibatkan perkara yang melibatkan keselamatan negara.

Apabila persidangan Parlimen kita boleh dilintas langsung sepanjang persidangan, tidak ada alasan kenapa prosiding jawatankuasa tidak boleh diperbuat sedemikian.