Skip to content

Penangguhan filem ‘Beauty and The Beast’ tidak masuk akal

Penangguhan Filem ‘Beauty and The Beast’ oleh pihak berkuasa adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan hanya menunjukkan hipokrasi Kerajaan Persekutuan yang kononnya mempromosikan kesederhanaan dan keterbukaan. Alasan penangguhan filem ini kerana sesetengah jenis watak adalah alasan yang tidak masuk akal.

Filem-filem tempatan yang sedia ada juga merangkumi sesetengah jenis watak yang mungkin akan timbul persoalan tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa atas alasan keterbukaan. Malah rancangan realiti kegemaran ramai juga sering sekali menampilkan watak-watak sebeginin. Oleh yang demikian kenapakah pihak berkuasa menjadi hipokrit berkenaan filem antarabangsa ini?

Kerajaan harus menentukan kembali keutamaannya, iaitu pentadbiran telus dan bukan fokus kepada isu yang bukan menjadi tanggungjawab kerajaan.

Kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa harus sedar bahawa kita sekarang menjadi bahan lawak di media antarabangsa kerana isu remeh ini. Kerajaan juga harus sedar bahawa rakyat ada hak untuk berfikir dan menilai dengan sendiri. Masyarakat Malaysia kini semakin matang, sebarang bentuk censorship sebegini sudah tidak relevan lagi. Kita harus progresif dan membenarkan masyarakat membuat keputusan sendiri tanpa campur tangan tidak tentu hala oleh kerajaan.

Oleh itu, kerajaan harus membersihkan air muka negara kita jika ingin memberikan persepsi positif bagi negara dan bukan menjadi bahan lawak antarabangsa kerana menangguh filem klasik kegemaran ramai, Beauty & the Beast.