Pengecualian kuarantin harus diberikan kepada rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka yang berada di luar negara semasa kembali ke Malaysia.
Oleh sebab beberapa negara seperti Singapura, United Kingdom, dan China telah memulai suntikan vaksin Covid-19, terdapatnya rakyat Malaysia yang berada di luar negara telah menerima suntikan sebelum kembali ke Malaysia. Oleh itu, risiko penyebaran virus kepada orang lain adalah hampir sifar. Maka, mereka langsung tidak perlu menjalani kuarantin.
Dalam penetapan kriteria berkenaan, kerajaan harus mengikut kaedah perubatan saintifik, contohnya suntikan diterima berapa hari sebelum kembali ke Malaysia, tiada kesan sampingan, dan juga individu tersebut telah dikenalpasti bahawa telah berjaya merangsang penghasilan antibodi dalam badan. Tetapi, jika perlu, peraturan-peraturan berkenaan kaurantin boleh ditetapkan mengikut situasi zon merah berisiko tinggi tertentu.
Pada masa yang sama, rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura telah mula menerima suntikan vaksin Covid-19. Jika peraturan berkenaan sempat diumumkan, ini akan membolehkan rakyat Malaysia dapat kembali ke negara demi bertemu dengan ahli keluarga yang telah lama terpisah sejak PKP dilaksanakan lagi.
Selain daripada itu, kerajaan boleh mengambil pengalaman daripada pelaksanaan negera-negara lain dengna mewajibkan golongan individu yang kembali ke Malaysia tanpa kuarantin untuk memuat turun, berdaftar dan menggunakan applikasi MySejahtera demi tujuan pemantauan dan pemeriksaan kesihatan.