Mengenai penggunaan logo parti/gabungan politik dalam program kerajaan oleh EXCO Belia dan Sukan Melaka YB Datuk Rafiq Naizamohideen, saya telah beberapa kali menegas bahawa ia membelakangi prinsip pengasingan jentera kerajaan dan parti politik.
Ini bukan sahaja menjejaskan imej kerajaan negeri Melaka, ia juga merupakan satu langkah mundur dalam pembaharuan institusi (institutional reform).
Dalam zaman pentadbiran Pakatan Harapan, walaupun saya berhak mengguna premis kerajaan (i.e. Balai raya), saya tetap sewa sebuah unit menggunakan duit peribadi dan menjalankan aktiviti parti politik dalam unit sewaan tersebut.
Dana kerajaan adalah dana awam, tidak patut diguna bagi kepentingan politik mana-mana pihak. Sekarang, Perikatan Nasional membelakangi prinsip tersebut.
Saya telah mengemukakan perkara ini kepada YAB Ketua Menteri Melaka dan memohon tindakan sewajarnya diambil.
https://www.facebook.com/504828189853890/posts/1364236030579764/?d=n
https://www.facebook.com/504828189853890/posts/1360398467630187/?d=n