Skip to content

Penghinaan dahsyat dan pembohongan Umno Pulau Pinang bahawa kekuatan ekonomi dan politik masyarakat Cina di Pulau Pinang datang daripada kegiatan ekonomi haram juga adalah sasaran kepada polis di negeri ini yang secara terbuka menafikan kegiatan-kegiatan tersebut

Penghinaan dahsyat dan pembohongan Umno Pulau Pinang bahawa kekuatan ekonomi dan politik masyarakat Cina di Pulau Pinang datang daripada kegiatan ekonomi haram seperti judi haram, pelacuran dan pusat hiburan juga disasarkan kepada polis di negeri ini yang secara terbuka menafikan kegiatan-kegiatan tersebut. Pengerusi Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaid Mohd Said berkata kegiatan haram seumpama itu berkembang kerana orang Melayu bersikap lembut dan pihak bertanggungjawab menutup sebelah mata terhadap mereka. Dakwaan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah salah sama sekali.

Ini bertentangan dengan penegasan berulang kali oleh Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi bahawa tiada kegiatan seperti itu di negeri ini. Sehingga akhir bulan lalu, Datuk Abdul Rahim berkata polis telah menyerbu sarang perjudian dan menambah, “Untuk rekod, Pulau Pinang adalah sifar mesin judi haram”.

Pemimpin Umno Pulau Pinang itu menunjukkan kebenciannya terhadap masyarakat Cina apabila mendakwa orang Cina melakukan ‘jenayah’ secara terang-terangan, namun pemimpin Umno terlalu takut untuk menunjukkan kesalahan mereka. Adakah polis di Pulau Pinang terlalu lemash sehingga perlanggaran undang-undang atau kegiatan haram dapat wujud?

Kerajaan Negeri ingin mencabar Umno Pulau Pinang untuk menunjukkan bukti di manakah lokasi judi haram, pelacuran dan pusat hiburan, bukannya setakat melamparkan tuduhan tidak berasas kepada masyarakat Cina yang bekerja keras dan mematuhi undang-undang dalam mencari rezeki di negeri ini. Jika Umno Pulau Pinang gagal memberikan bukti, Pengerusi BN Negeri Teng Chang Yeow patut sama ada mendesak tindakan diambil terhadap pemimpin Umno Pulau Pinang atau meletakkan jawatan kerana gagal menjadi Pengerusi BN yang berkesan.

Tiada gunanya mendesak permohonan maaf daripada Umno Pulau Pinang kerana pastinya tiada tindakan yang akan diambil terhadap pemimpinnya yang rasis dan ekstrim. Apatah lagi tindakan kerajaan BN mengekalkan Akta Hasutan adalah untuk menyalahgunakannya sebagai senjata politik terhadap Pakatan Rakyat, bukannya terhadap pemimpin Umno Pulau Pinang yang berterusan menghina masyarakat Cina.

Umno sudah tidak lagi berharap untuk medapatkan undi masyarakat Cina dan nampaknya kini memutuskan untuk menghina mereka dengan fitnah dan pembohongan. Namun adakah MCA dan Gerakan juga telah berputus asa dengan orang Cina di Pulau Pinang, sehingga boleh terus bekerjasama dengan Umno? Jika pemimpin MCA da MIC memiliki maruah dan harga diri, mereka perlu segera meninggalkan BN dan tidak lagi bekerja sama dengan Umno.