Skip to content

Pengisytiharan cuti khas negeri Pulau Pinang pada 18 November 2022

Bersempena dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan diadakan pada 19 November 2022 (Sabtu), Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan ini bersetuju untuk mengisytiharkan Cuti Khas Negeri pada 18 November 2022 (Jumaat).

Cuti Khas Negeri ini adalah untuk memberikan kemudahan dan juga sebagai galakan kepada rakyat Pulau Pinang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.