Skip to content

Pengkomplot telah gagal untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan tempoh berkhidmat yang paling pendek

Tidak sampai empat minggu dari sekarang, negara kita akan ada Yang di Pertuan Agong yang baru apabila Sultan Johor dilantik sebagai Yang di Pertuan Agong yang ke-17.

Para pengkomplot yang mahu Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan tempoh berkhidmat yang paling pendek kini semakin terdesak, kerana walaupun dengan pelbagai rancangan dari pihak mereka – yang terkini, Langkah Dubai dan Langkah Chow Kit – mereka telah gagal untuk menumbangkan Anwar Ibrahim dengan cara yang tidak demokratik dan perkara ini bermakna tidak akan ada lagi Perdana Menteri “pintu belakang” di Malaysia.

Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri akan diingati sebagai dua orang Perdana Menteri pintu belakang negara kita, sebagai dua orang yang menjadi Perdana Menteri tanpa ditentukan dengan majoriti di Parlimen seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Dalam tahun pertamanya, Anwar Ibrahim bertarung demi kelangsungannya dengan menyekat pelbagai cubaan untuk menumbangkan kerajaannya.

Namun, Gelombang Hijau yang dicetuskan oleh Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-15 telah mencapai kemuncaknya sebelum enam pilihan raya negeri pada bulan Ogos tahun lepas, di mana PN telah gagal untuk merampas Selangor atau Negeri Sembilan.

Kini, dengan kestabilan politik terjamin untuk tiga ke empat tahun yang akan datang, masanya telah tiba untuk Anwar fokus kepada perpaduan nasional dan menjalankan reformasi institusi yang dijanjikannya dalam 25 tahun kerjaya politiknya sebelum ini supaya Malaysia dapat menghentikan kemerosotan yang disaksikan negara dalam suku abad yang lepas dan bangkit semula sebagai sebuah negara majmuk hebat yang bertaraf dunia.

Tidak ada rujukan yang lebih berbanding dengan pengisytiharan Semangat Merdeka yang dibuat oleh 60 pertubuhan sivil pada tahun 2007 yang telah mengenal pasti kegagalan dan sekatan utama terhadap kemajuan Malaysia ke arah sebuah negara yang lebih maju dan demokratik.

Negara kita juga perlu kembali kepada norma-norma dan amalan demokratik dan menegaskan semula komitmennya untuk mempertahankan dan menyokong institusi utama dan proses yang menjadi tonggak sistem demokrasi yang subur dan bersemangat.