Skip to content

Pengukuhan keras terhadap Akta Hasutan yang menjijikkan adalah satu pengkhianatan nasional oleh Perdana Menteri dan Kerajaan BN yang melancarkan 10 serangan penindasan terhadap 30 juta rakyat Malaysia

DAP dengan tegas menentang dan mengecam cadangan pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 kerana pengukuhan yang lebih tegas terhadap undang-undang yang menjijikkan itu adalah satu tindakan pengkhianatan terhadap negara oleh Perdana Menteri dan Kerajaan BN yang melancarkan 10 serangan penindasan terhadap 30 juta rakyat Malaysia. Daripada menunaikan janji yang pertama kali dibuat pada ambang Hari Malaysia 2011, yang kemudian diulang dua kali (pada Julai 2012 dan selepas Pilihanraya Umum ke-13 pada 2 Julai 2013 dalam satu wawancara bersama BBC), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memilih untuk mengkhianati dan memungkiri janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan.

Perdana Menteri langsung tidak memohon maaf secara terbuka atau sedikit pun merasa kesal kerana telah memungkiri janji tiga kalinya untuk memansuhkan Akta Hasutan. Kami meletakkan tanggungjawab penuh terhadap Perdana Menteri dan parti-parti komponen BN atas pengkhianatan mereka terhadap prinsip, janji-janji, tanggungjawab menjunjung demokrasi berparlimen dan lebih penting lagi amanah terhadap seluruh rakyat Malaysia. Apa yang lebih teruk lagi, Kerajaan Persekutuan BN kini cuba untuk mengumpulkan kuasa menindas secara sewenang-wenang yang lebih besar dan hebat dengan pindaan-pindaan yang menjijikkan ini.

Presiden Amerika Syarikat yang ternama, Abraham Lincoln dikatakan pernah menyebut, “Nearly all men can stand adversity, but if you want to test a man’s character, give him power.” Hampir semua orang boleh bertahan dengan kesukaran, tetapi jika mahu menguji sikap seseorang, berikan dia kuasa. Rakyat Malaysia menyedari sikap sebenar parti-parti BN yang memegang kuasa di peringkat Persekutuan. Sementara 52% rakyat akan merasa wajarlah mereka tidak menyokong BN, baki 48% lagi akan mempersoalkan apa nilai sebuah kerajaan yang memungkiri janji?

Rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak juga akan berasa dikhianati sekiranya hak mereka untuk mempersoalkan kegagalan BN untuk mematuhi syarat-syarat dan hak-hak yang dijamin untuk rakyat Sabah Sarawak ketika Malaysia ditubuhkan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan 1963 akan turut menimbulkan persoalan hak untuk menarik diri kini turut dikira menghasut. Rakyat Sabah dan Sarawak mungkin bertanya kenapa mereka tidak boleh menimbulkan persoalan sedemikian sedangkan Kerajaan Persekutuan BN telah mengkhianati janji yang telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963.

Jika demikian kenapa Kerajaan BN tidak menjadikannya satu kesalahan menghasut apabila ada yang gagal menepati syarat-syarat yang telah dipersetujui Sabah dan Sarawak ketika membentuk Malaysia, atau mereka yang gagal menghormati hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipisah daripada mereka? Rakan saya dari Kuching Chong Chieng Jen akan bercakap lebih panjang tentang hal ini dalam ucapan beliau nanti.

Kini, memasukkan satu klausa baru bagi kecenderungan menghasut tanpa sebarang rundingan bersama rakyat Sabah dan Sarawak, tindakan double standard untuk menyifatkan seruan menarik diri dari Malaysia sebagai menghasut, namun pada masa yang sama gagal menghormati hak rakyat Sabah dan Sarawak sebagai tidak menghasut, boleh dikira sebagai melanggar perjanjian hak yang diberi ketika Malaysia dibentuk pada 16 September 1963. Dengan memadamkan sebarang seruan untuk berpisah sebagai satu hasutan, adakah kerajaan sekarang mengatakan bahawa seruan berpisah sudah tidak lagi dikira menghasut?

Cadangan pindaan yang menindas ini adalah serangan terbuka kepada rakyat Malaysia dalam 10 perkara utama:

  1. Serangan ke atas hak asasi manusia untuk bersuara dan memberi pendapat seperti yang termaktub dalam Deklarasi Antarabangsa Hak Asasi Manusia PBB dan juga Perlembagaan Persekutuan sendiri. Dahulunya wujud kebebasan bersuara, tetapi tiada kebebasan selepas bersuara di Malaysia. Dengan pindaan yang lebih keras ini, yang tidak membenarkan ikat jamin dan memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun penjara, bukan sahaja tidak akan kebebasan selepas bersuara, kebebasan bersuara pun tidak ada.
  2. Serangan terhadap kebebasan akhbar, terutamanya media online. Jelas sekali pindaan ini membolehkan kerajaan BN untuk melebarkan gapaiannya bagi membisukan suara-suara bebeas dalam media online, sepertimana mereka telah mengawal dan memanipulasi media arus perdana.
  3. Serangan ke atas kedaulatan undang-undang di mana para peguam mengatakan masih tidak ada sebarang keterangan tentang apa yang dimaksudkan dengan ‘kecenderungan menghasut’ dalam Seksyen 3(1), tetapi kini wujud pula satu klausa baru tentang kecenderungan menghasut yang begitu kabur. Tidak ada keadilan juga apabila tidak ada sebarang pertimbangan diberikan untuk kesalahan pertama atau pesalah berusia muda.
  4. Serangan terhadap badan kehakiman apabila penetapan hukuman minima tiga tahun penjara adalah satu campurtangan terhadap budi bicara badan kehakiman dalam memberikan hukuman. Tambahan pula adalah kerajaan bukan sahaja tidak menghormati malah menghina mahkamah dengan membuat pindaan ini walaupun ia sub judice kerana masih ada isu yang sedang berjalan di Mahkamah Persekutuan tentang sama ada undang-undang ini bertepatan dengan Perlembagaan.
  5. Serangan terhadap Parlimen dan proses parlimen dengan menghadkan hak Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menikmati kekebalan tentang apa yang diucapkan di dalam Dewan dengan mendakwa Adun DAP Pulau Pinang Sri Delima RSN Rayer di bawah Akta Hasutan apabila beliau menyerang Umno dalam sidang DUN Pulau Pinang. Malah BN telah memperlakukan Parlimen sebagai sekadar rubberstamp dengan memaksakan rang undang-undang di tengah malam dan hanya memberi notis singkat kurang dua hari untuk satu pindaan yang begitu penting.
  6. Serangan terhadap perilaku terhormat dan mulia untuk menepati janji, terutamanya pemimpin kerajaan. Kegagalan untuk mematuhi janji memberi ahli politik reputasi yang buruk, walaupun Perdana Menteri boleh melakukannya tanpa sedikit pun rasa bersalah.
  7. Serangan terhadap peranan Malaysia di dalam Majlis PBB yang dianggotai negara. Malaysia akan menjadi bahan ketawa kerana menjadi anggota majlis PBB yang mempromosi hak asasi manusia padahal ia sedang menginjak-injak kebebasan bersuara.
  8. Serangan terhadap kreativiti dan inovasi yang bergantung kepada bakat, teknologi dan toleransi terhadap idea-idea baru;
  9. Serangan terhadap masa depan kita apabila generasi akan datang hidup dalam ketakutan dan dibisukan dengan ketakutan. Apa bezanya masa depan yang sedemikian jika dibanding dengan filem box office The Hunger Games, di mana hasutan turut menerima hukuman yang berat.
  10. Serangan terhadap pembangkang, yang telah dimangsakan dengan pendakwaan terpilih dan double standard di mana bertambahnya hukuman di bawah pindaan-pindaan ini akan secara automatik menghilangkan kelayakan seorang Ahli Parlimen. Setakat ini 160 orang telah ditahan, daripada pensyarah undang-undang sehinggalah kartunis, mewakili setiap bahagian masyarakat. Antara pemimpin DAP, Ahli Parlimen dan Adun yang telah didakwa atau disiasat di bawah Akta Hasutan adalah seperti berikut:

List of DAP elected reps charged or questioned by the police since the 2013 elections

Name Constituencies Date Reason
Penang
1 Chong Eng ADUN Padang Ladang and Penang EXCO 10-Feb-15 Questioned by police for her comments about a sermon by Selangor Islamic Religious Department (JAIS) which told women to cover up to prevent rape. Following Chong’s comments, IGP Tan Sri Khalid Abu Bakar took to Twitter to say that an investigation would be carried out.
2 Ng Wei Aik MP for Tanjong 04-Sep-14 Arrested for his involvement in Penang’s voluntary patrol unit (PPS), which has been pronounced illegal by the inspector-general of police, saying that it violated Section 43 of Societies Act 1966
06-Mar-15 Called up by police for investigation under the Sedition Act over comments made regarding opposition leader Anwar Ibrahim’s sodomy conviction and imprisonment.
3 RSN Rayer ADUN Seri Delima 19-Jun-14 Arrested and charged with sedition over his “celaka Umno” remark which he made in the Penang state assembly sitting.
01-Sep-14 Detained to assist police investigation on the Penang Voluntary Patrol Unit (PPS) set up by the DAP-led state government.
4 Phee Boon Poh ADUN Sungai Puyu and Penang EXCO 31-Aug-14 Detained for his involvement in Penang’s voluntary patrol unit (PPS)
Perak
5 Nga Kor Ming MP for Taiping and ADUN Kepayang 23-Feb-15 Police recorded his statement over a tweet concerning Anwar Ibrahim’s sodomy conviction
6 Dr Ko Chung Sen MP for Kampar 11-Jan-15 Investigated under Sedition Act 1948 for his statement on the teaching of Islamic Civilisation as a subject in universities
7 Thomas Su MP for Ipoh Timor 29-May-13 Arrested and charged for organising an illegal assembly under the Peaceful Assembly Act 2012
Selangor
8 Tony Pua MP for PJ Utara 06-Oct-13 Probed for labelling ROS and Utusan Malaysia as “anjing UMNO”
9 Teresa Kok MP for Seputeh 07-May-14 Charged for her controversial “Onederful Malaysia” Chinese New Year video which contained satirical elements
Negeri Sembilan
10 Loke Siew Fook MP for Seremban 15-May-14 Charged for failing fulfil a requirement under the Peaceful Assembly Act (PAA) in organising a rally in Padang Merbok, Kuala Lumpur
11 Teo Kok Seong MP for Rasah 09-Mar-15 Will be questioned by police on KitaLawan
Johor
12 Lim Kit Siang MP for Gelang Patah 04-Aug-14 Statement recorded over allegedly seditious remarks made about the unexplained death of political aide Teoh Beng Hock five years ago
13 Teo Nie Ching MP for Kulai 03-Nov-14 Statement recorded for criticising the IGP at a DAP dinner in Pekan Nanas, Johor where she lamented the delay in re-investigating the death of political aide Teoh Beng Hock under Section 504 of Penal Code
14 Liow Cai Tung ADUN Johor Jaya 04-Mar-15 Statement recorded over a ceramah in solidarity with Anwar Ibrahim under Peaceful Assembly Act 2012
15 Cheo Yee How ADUN Pengkalan Rinting 04-Mar-15 Statement recorded over a ceramah in solidarity with Anwar Ibrahim under Peaceful Assembly Act 2012
Sarawak
16 Oscar Ling MP for Sibu 08-Mar-15 Investigated under Sedition Act 1948 for equating religious schools with Chinese-medium schools

BN telah mencuba namun gagal untuk mengkategorikan mereka yang melakukan kesalahan menghasut adalah sebahaya membunuh dengan menafikan ikat jamin bagi apa yang disifatkan sebagai menghasut teruk (aggravated sedition). Ini adalah satu penghinaan terhadap keadilan yang menjadikan ucapan sebagai satu kesalahan jenayah yang serius seperti membunuh. Kenapa kes rasuah tidak pula diletakkan pada kedudukan yang sama dengan tidak dibenarkan ikat jamin?

Kini sudah wujud dua Malaysia. Kita tidak boleh putus asa dengan Impian Malaysia – satu janji berasaskan Perlembagaan Persekutuan yang menawarkan keadilan, kebebasan, peluang dan kesaksamaan. Dan satu lagi Malaysia yang membawa mimpi ngeri kezaliman, penindasan, kronisme dan diskriminasi.

Dengan menumpukan kuasa kepada pihak Eksekutif, doktrin pemisahan kuasa terus direndahkan dengan melemahkan supremasi Parlimen dan kebebasan badan kehakiman. Jelas sekali mereka yang ingin mengumpulkan kekuasaan yang sedemikian benar-benar gila kuasa, tidak kiralah ia Peguam Negara, pihak polis mahupun Menteri Dalam Negeri.

DAP menggesa Perdana Menteri dan kerajaan BN untuk kembali waras dan menyeru supaya Rang Undang-undang pindaan Akta Hasutan ditarik balik, ditangguhkan atau sekurang-kurangnya dirujuk kepada sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Pindaan-pindaan ini hanya akan menyemai ketakutan. Izinkanlah anak-anak kita hidup bebas, bebas daripada ketakutan.