Skip to content

Penjelasan Hadi yang tawaran untuk menyertai kerajaan perpaduan dibuat selepas PRU15 dan tidak ada tawaran baharu diberikan menunjukkan yang para pemimpin PAS yang lain tidak tahu apa yang dikatakan oleh Presiden mereka sendiri

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS, Hadi Awang, kerana tidak mempunyai masalah kekurangan intelek dengan tersilap menganggap cadangan saya untuk PAS menyertai Kerajaan Perpaduan Anwar sebagai satu jemputan rasmi dari DAP atau Kerajaan Perpaduan Anwar dan bukannya hanya sebagai cadangan peribadi saya. Tetapi perkara ini menunjukkan yang semua pemimpin PAS yang lain, termasuklah Mursyidul Am, Timbalan Presiden, dan Ketua Penerangan mereka semuanya tidak tahu mengenai apa yang dikatakan oleh Presiden mereka sendiri.

Sekiranya para pemimpin PAS yang lain tidak tahu apa yang dikatakan oleh Presiden mereka sendiri, kita boleh katakan yang parti-parti politik lain dalam Perikatan Nasional (PN), termasuklah Bersatu, juga tidak tahu apa yang cuba disampaikan oleh Presiden PAS ini.

Saya sebenarnya tidak ada berjumpa dengan Perdana Menteri ke-10, Anwar Ibrahim, untuk sebarang perbincangan sejak dia menjadi Perdana Menteri pada bulan November tahun lepas.

Hadi katakan semalam yang tawaran untuk menyertai kerajaan perpaduan ini dibuat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 dan bahawa tidak ada apa-apa tawaran baharu untuk menyertai Kerajaan Perpaduan Anwar selepas itu.

Mungkin Hadi sedang merujuk kepada cadangan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong untuk pembentukan sebuah kerajaan perpaduan di antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) semasa para pemimpin politik datang menghadap baginda pada 22 November 2022, di mana cadangan ini ditolak oleh PN – sebelum Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November 2022.

Menjadi satu perkara yang tidak bertanggungjawab dan tidak jujur untuk Haid mendakwa baru-baru ini bahawa “individu tertentu” telah “berkali-kali” berhubung dengannya untuk bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan Anwar, sedangkan perkara ini sebenarnya terjadi kira-kira tujuh bulan lepas semasa menghadap Yang di Pertuan Agong pada 22 November 2022, dan pada masa yang sama, perbuatan pemimpin PAS yang mengulangi apa yang dikatakan Hadi ini seakan-akan perkara ini baru berlaku juga amatlah tidak bertanggungjawab dan tidak jujur.

Insiden ini bukan sahaja mendedahkan mengapa Hadi bukan seorang pemimpin Islam yang bertanggungjawab, jujur, dan dihormati, memandangkan dia bukan sahaja membuat tuduhan liar dan tidak masuk akal kemudian gagal untuk membuktikan tuduhan-tuduhan ini selama berbulan-bulan, tetapi dia juga boleh mencetuskan kontroversi dengan mengatakan yang PAS baru-baru ini dijemput untuk menyertai Kerajaan Perpaduan Anwar sedangkan perkara ini tidak pun berlaku.