Skip to content

Penjelmaan semula Komtar baru sebagai tanda simbolik penjelmaan semula Pulau Pinang baru dengan projek RM200 juta The Top@Komtar

Selamat pagi kepada semua.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Seri Nazri Aziz, yang mewakili Timbalan Perdana Menteri yang memberitahu saya bahawa beliau mahu hadir tetapi tidak dapat hadir pada saat-saat akhir kerana mempunyai tugasan yang lebih penting yang telah diberikan oleh Perdana Menteri.

Saya telah bekerja di Menara Komtar ini sejak 8 tahun yang lalu sejak tahun 2008, dan biar saya memberitahu semua yang hadir bahawa ini adalah transformasi Menara Komtar yang luar biasa. Pada tahun 2008, pemandangan KOMTAR adalah menyedihkan sehingga tiada yang mahu datang ke sini. Bangunan ikonik yang pernah menjadi bangunan tertinggi di Asia Tenggara ini telah dibiarkan mati. Tetapi kami tidak pernah hilang kepercayaan dan berputus asa. Dan akhirnya pada hari ini KOMTAR telah diberi nafas baru.

Kami bangga untuk menyatakan kepada dunia bahawa Pulau Pinang telah menyaksikan kelahiran semula ikon baru – KOMTAR baru dengan The Top @ KOMTAR. KOMTAR baru dengan The Top@KOMTAR melambangkan perjalanan luar biasa oleh Pulau Pinang dalam tempoh 8 tahun yang lalu yang telah bangkit daripada kegagalan sebelum ini. Kita telah melihat sendiri kebangkitan semula dalam kedua-dua industri pembuatan dan pelancongan ke arah Pulau Pinang yang dinamik, dan kini KOMTAR baru dengan The Top @KOMTAR telah dilahirkan semula sebagai simbol kejayaan daripada bangkai kegagalan.

Untuk itu, bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Richard Koh dan Dato Jean Koh dari syarikat Only World Group (OWG) atas kejayaan dalam menjadikan mercu tanda Pulau Pinang yang tercinta ini kepada tempat yang paling menarik dan hangat. Keyakinan untuk menguban Pulau Pinang yang baru telah membawa kepada pelaburan sebanyak RM200 juta untuk kerja-kerja pengubahsuaian KOMTAR. Terima kasih Datuk Seri Richard Koh dan Dato Jean Koh.

Kejayaan Pulau Pinang adalah kejayaan Malaysia. Seperti yang YB Datuk Seri Nazri sering tegaskan, apa-apa peningkatan dalam pelancongan adalah baik untuk Malaysia. Bukit Bendera telah mencatatkan bilangan pengunjung daripada 200,000 orang kepada 1.6 juta pada tahun ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk Seri Nazri Aziz yang mahu membina sebuah kereta kabel yang baru yang berharga RM150 juta di Bukit Bendera. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang juga telah mencatatkan pertumbuhan kedua terbesar di Malaysia dengan melebihi kapasiti maksimum jumlah penumpang iaitu 6.5 juta orang.

Saya ingin memuji YB Datuk Seri Nazri Aziz atas kejayaan beliau dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan antarabangsa yang baru. Kami akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan industri pelancongan di Pulau Pinang. Dari segi ekonomi, Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang berasaskan industri dengan 400 syarikat. Walaupun sebagai sebuah negeri yang kedua terkecil, Pulau Pinang telah menyumbang sebanyak 7% kepada KDNK negara dan hampir RM7 bilion dalam cukai dan duti kepada Kerajaan Persekutuan.

Kita tahu untuk Pulau Pinang berjaya, kita perlu menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang bertaraf antarabangsa dan pintar dengan tarikan pelancong bertaraf dunia. Komtar yang baru di bawah Datuk Seri Richard Koh dan Dato Jean Koh telah memberikan kita, THE TOP @Komtar untuk diletakkan kita semua dalam peta dunia dengan “Rainbow Skywalk”, mari kita lihat ke bawah dari 68 tingkat.! Bersedia untuk gentar dan kagum!

Bukan sahaja pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah Pulau Pinang, tetapi anda juga boleh berseronok di taman tema termasuk Jurassic Research Center (dengan 200 ekor dinosaur), Skrin Digital Yang Terpanjang di Malaysia, 5D Ocean Explorer dan yang terbaru 7D Discovery Motion Theater, an upside down symphony orchestra, Tech Dome Penang yang berasaskan sains dan teknologi dan banyak lagi.

Foodies will also find an incredible array of food here, from street food to fine dining establishments with world-class Chinese and Malay restaurants; Pencipta makanan juga boleh mendapati pelbagai makanan yang luar biasa di sini, dari makanan jalanan ke restoran Melayu dan Cina yang bertaraf antarabangsa, THE TOP juga turut memberikan pelancong untuk merasai durian yang terkenal di Pulau Pinang dan juga Tongkat Ali. Marilah kita sama-sama meraikan keseronokan di The Top!