Skip to content

Perbincangan Meja Bulat Terhadap Persempadanan Semula SPR Ditangguhkan

Sesi-sesi perbincangan meja bulat terhadap persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri yang dijadualkan pada 17 dan 18 Disember 2014 terpaksa ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan dalam bulan Januari 2015 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sesi-sesi perbicangan meja bulat tersebut merupakan sebahagian usaha Jawatankuasa Urusan Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada Y.B. Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen PKR bagi Kawasan Bayan Baru), Y.B. Ng Wei Aik (Ahli Parlimen DAP bagi Kawasan Tanjong) dan Y.B. Dr. Mujahid Yusof Rawa (Ahli Parlimen Pas bagi Kawasan Parit Buntar) selaku pengerusi-pengerusi bersama jawatankuasa tersebut untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap proses persempadanan semula yang diterajui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan juga mendapatkan maklum balas awam untuk menambahbaik lagi proses tersebut.

Pada asalnya, sesi-sesi perbincangan meja bulat adalah dijadualkan pada 17 Disember 2014 (Rabu) jam 8.30 malam di Kompleks Masyarakat Penyayang dan 18 Disember 2014 (Khamis) jam 8.30 malam di Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi di Padang MPSP, Butterworth.

Dengan penangguhan kedua-dua sesi perbincangan meja bulat tersebut, maka jawatankuasa yang terlibat ingin memohon maaf kepada pihak-pihak yang terlibat atas segala kesulitan yang berbangkit. Pengumuman selanjutnya akan dibuat secepat mungkin sebaik sahaja tarikh-tarikh baru dapat ditetapkan.