Skip to content

Perhimpunan “Justice is Dead”

Kami menyerukan semua ahli DAP menghadiri perhimpunan aman “Justice is Dead” yang dianjurkan oleh Teoh Beng Hock Trust for Democracy pada 19 Mac 2015, jam 10:30 pagi di depan pejabat MACC Selangor.

Mahkamah Rayuan pada September tahun lalu menukar keputusan terbuka dalam kes kematian Beng Hock dan memutuskan bahawa kematiannya itu akibat tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali.

Namun keputusan Mahkamah Rayuan telah diumumkan melebihi setengah tahun, tetapi pihak PDRM dan Jabatan Peguam Negara bertindak berlengah-lengah dalam menyiasat semula kes tersebut. Terlebih-lebih pula 2 pegawai SPRM, iaitu Hishamuddin Hashim dan Mohd Anuar Ismail yang terlibat dalam kes kematian Teoh Beng Hock bukan sahaja tidak dikenakan tindakan disiplin atau hukuman, bahkan dinaikkan pangkat.

Merujuk kenyataan PDRM terkini, kami mengalu-alukan pihak polis membuka semula siasatan serta merta dan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock.

Kami berharap siasatan menyeluruh dijalankan secepat mungkin bagi memastikan keadilan kepada semua pihak termasuk keluarga mendiang Teoh Beng Hock.

Akhirnya, kami menyeru kepada semua pihak turun berhimpun secara aman supaya menunjukkan perasaan keberangan dan ketidakpuasan terhadap tindakan menaikkan pangkat 2 pegawai SPRM.