Skip to content

Perikatan Nasional telah melakukan tindakan penganiayaan politik dengan menyalahguna agensi penguatkuasaan terhadap pihak pembangkang, dan meningkatkan majoriti Parlimen lemah Kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perikatan Nasional telah melakukan tindakan penganiayaan politik dengan menyalahguna agensi penguatkuasaan terhadap pihak pembangkang, dan meningkatkan majoriti Parlimen lemah Kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini jelas menunjukkan dendam politik apabila siasatan dan tuduhan yang dikenakan tidak berasas tanpa sebarang bukti, sehingga kerajaan BN sebelum ini memutuskan untuk tidak meneruskannya.

Baru-baru ini saya didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana rasuah melibatkan RM3.3 juta yang berkaitan dengan projek terowong dan 3 lebuh raya di Pulau Pinang. SPRM tetap mendakwa saya walaupun wang suapan sebanyak RM3.3 juta ini (wang rasuah) tidak pernah dijumpai dalam akaun bank atau simpanan saya.

Ini mungkin kali pertama di Malaysia seseorang dikenakan tuduhan rasuah walaupun tidak ada wang suapan atau wang rasuah. Rakaman audio atau video yang menunjukkan saya meminta wang juga tidak ada.

Lebih teruk lagi saya mempersoalkan SPRM mengapa mereka tidak pernah bertanya kepada saya tentang wang suapan RM3.3 juta sehingga saya terpaksa menggesa pegawai SPRM untuk mengemukakan soalan ini, dan mereka sendiri tahu bahawa tiada wang suapan diberikan kepada saya. Jelas, ini menimbulkan persoalan penyalahgunaan kuasa yang serius di mana jika saya boleh didakwa, maka sesiapa pun di Malaysia boleh didakwa tanpa perlu dikemukakan bukti.

Tindakan penganiayaan politik oleh Perikatan Nasional (PN) ini diteruskan, dengan polis menghubungi peguam saya dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo, untuk merakam kenyataan saya terhadap dua siaran akhbar yang dibuat pada tahun 2019. Saya masih menjadi Menteri Kewangan pada masa itu. Saya mungkin akan bertemu polis pada hari Khamis, “hadiah” Krismas daripada Kerajaan Perikatan Nasional.