Kami, sebagai parti politik progresif yang berada di kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang di seluruh dunia, adalah amat prihatin dengan hukuman penjara Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim. Kes beliau telah menimbulkan persoalan antarabangsa yang membimbangkan mengenai kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang di Malaysia.
Pendakwaan terpilih dan bermotifkan politik pada ahli-ahli pembangkang mempunyai kesan bahaya yang dramatik kepada pembangunan politik dan sosial di Malaysia.
Kami menuntut keadilan, ketelusan dan kedaulatan undang-undang. Kerajaan Malaysia perlu menyedari akan kepentingan mewujudkan keyakinan dalam sistem kehakiman dan mengembalikan kepercayaan dalam komitmennya kepada hak asasi manusia.
Begitu juga kami menggesa kerajaan Malaysia untuk memansuhkan Akta Hasutan, janji yang dibuat oleh pemimpin negara pada tahun 2012 tetapi kini telah terbalik, yang secara sistematik menyekat kebebasan bersuara dan berhimpun. Penindasan yang dilakukan terhadap mereka yang berbeza pendapat dari kalangan pembangkang dan rakyat Malaysia secara amnya melanggar hak-hak berpolitik.
Kami menyatakan solidariti secara penuh dengan Parti Keadilan Rakyat, Parti Tindakan Demokratik, keluarga dan rakan-rakan Saudara Anwar Ibrahim, rakyat Malaysia dan Saudara Anwar sendiri. Kami tidak akan pernah berdiam diri dalam menyaksikan ketidakadilan dan pencabulan hak asasi manusia.
Kami akan bekerja lebih rapat dengan rakan kongsi perikatan kami di Malaysia, Parti Tindakan Demokratik, dalam menegakkan kebenaran dan menyampaikan keadilan yang sama untuk semua. Kita berdiri bersama-sama untuk prinsip-prinsip keadilan sosial dan hak asasi manusia, ke arah Malaysia yang lebih demokratik dan progresif.
__________________________________________________________________
Perikatan Progresif merupakan sebuah jaringan antarabangsa yang dianggotai oleh parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan, dan pergerakan-pergerakan masyarakat sivil yang memeluk, berpendekatan, dan mengiktiraf ideologi berhaluan progresif, demokratik, demokratik-sosial, sosialis dan pergerakan buruh. Setakat ini, keanggotaannya tidak kurang daripada 120 organisasi dari seluruh dunia. Dengan perwakilan yang menyeluruh dari kelima-lima benua. DAP menduduk di dalam “lembaga” perikatan tersebut, yang merupakan badan yang memainkan peranan penetapan arah kepada Perikatan Progresif.
** DAP merupakan salah satu anggota Perikatan Progresif sejak tahun 2014 – http://progressive-alliance.info/en/