Saya berasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa perbezaan utama antara peristiwa PKR5 yang berlaku di DUN Pulau Pinang pada 20 November yang lalu, dengan peristiwa pada 18 Jun 2014 di mana usul daripada ADUN Jeram, YB Amirudin Setro (BN-UMNO) telah diterima dan diluluskan di DUN Selangor.
Untuk makluman umum, terdapat pihak-pihak yang menggunakan peristiwa di DUN Selangor ini sebagai precedence atau dahuluan untuk menyokong tindakan PKR5 itu. Pada pendapat saya, hujah ini serta perbandingan yang dilakukan adalah tidak tepat dan oleh itu, peristiwa di DUN Selangor tidak boleh digunakan sebagai justifikasi untuk menyokong PKR5.
Usul YB Amirudin Setro pada masa itu adalah seperti berikut:
“Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar menyiasat dan menghentikan serta-merta sebarang projek pembangunan yang dilaksanakan tanpa Kebenaran Merancang. Ini amat penting kerana pembangunan yang tidak terancang dan terkawal boleh menyebabkan masalah banjir kilat, hakisan dan tanah runtuh yang membahayakan keselamatan rakyat”
Usul ini telah dibahas oleh ramai ADUN daripada pihak pembangkang dan pihak kerajaan, termasuk ADUN DAP, PKR dan PAS dan telah diterima sebulat suara oleh semua ADUN yang hadir. Walaupun begitu, terdapat beberapa perbezaan antara perkara ini dengan peristiwa yang berlaku di DUN Selangor setahun yang lalu. Malahan, terdapat juga beberapa salah faham di kalangan orang ramai dan ianya harus diperbetulkan.
| Perbezaan | PKR5 (DUN Pulau Pinang) | DUN Selangor |
| 1. | Lima orang ADUN backbencher PKR tidak mengundi usul pembangkang (BN-UMNO). | Terdapat hujah bahawa ADUN-ADUN DAP menyokong usul pembangkang pada masa itu. Sebenarnya ini tidak begitu tepat kerana semua ADUN yang hadir pada sidang DUN telah menyokong usul ini. |
| 2. | Pengundian dijalankan secara belah bahagi (division) atas permintaan ADUN UMNO, iaitu pengundian yang akan merekodkan nama ADUN dan keputusan pengundian seseorang ADUN itu | Pengundian dijalankan secara punggutan suara. Keputusan pengundian tidak direkodkan. |
| 3. | Tiada perbincangan diadakan terlebih dahulu sesama ADUN PKR, termasuk ADUN-ADUN PKR yang memegang jawatan dalam kerajaan.
Dengan itu, sudah pasti keputusan PKR5 juga tidak dimaklumkan atau dibincang bersama-sama dengan ADUN PAS dan DAP yang lain sebelum pengundian dijalankan. |
ADUN-ADUN PR yang hadir di sidang DUN pada hari itu telah mengadakan mesyuarat tidak rasmi untuk meneliti usul pembangkang ini.
Difahamkan bahawa usul tersebut tidak berunsur sabotaj, bersifat bona fide dan tiada impak negative kewangan terhadap pentadbiran kerajaan. Malahan jawapan ADUN BN kepada soalan saya menunjukkan bahawa mereka juga menyokong tindakan yang sama diambil ke atas kroni Kerajaan BN yang menyalahi undang-undang. |
| 4. | Usul pembangkang disokong oleh 10 orang ADUN termasuk 9 orang UMNO dan seorang ADUN DAP. Manakala 18 orang ADUN DAP, 4 orang ADUN PKR lain yang memegang jawatan kerajaan dan seorang ADUN PAS pula tidak menyokong, seorang lagi ADUN PKR tidak mengundi kerana merupakan Speaker DUN. | Undi sokongan ADUN PR pada masa itu tidak boleh dilihat sebagai vote of conscience kerana perbincangan dan persetujuan sudah diperolehi di kalangan ADUN PR dan barisan frontbenchers. Semua ADUN PR mengundi mengikut konsensus. |
Melalui perbandingan di atas, maka boleh disimpulkan peristiwa yang berlaku di DUN Selangor pada 18 Jun 2014 ialah satu tindakan yang telahpun dipersetujui oleh semua ADUN PR yang hadir setelah berbincang dengan EXCO. Dalam perkataan lain, ianya bukan lagi pilihan budi bicara ADUN tetapi lebih kepada untuk mencapai keputusan yang telah ditetapkan semua lebih awal.
Diharap perbandingan di atas boleh menjelaskan keadaan kepada semua ahli masyarakat.