Skip to content

Perkhidmatan perubatan komplementari harus dibenarkan beroperasi semasa total lockdown

Saya menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membenarkan perkhidmatan perubatan komplementari beroperasi semasa total lockdown ini. Perkhidmatan ini akan membantu mengurangkan beban yang terlalu banyak yang terpaksa ditanggung oleh sistem perubatan kita. Ramai pesakit yang menderita sakit kronik seperti sakit belakang, sakit leher, sakit kepala, tulang rawan tergelincir, skoliosis dan sakit belakang yang kronik dan sangat bergantung kepada rawatan kiropraktik ini. Ramai pesakit yang sedang menjalani rawatan dan tiba-tiba dimaklumkan yang perkhidmatan ini tidak lagi dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu dan tidak dibenarkan beroperasi. Total lockdown selama 4 minggu tanpa rawatan perubatan komplementari seperti kebiasaan akan memberi kesan yang bertambah buruk kepada pesakit.

Perkhidmatan perubatan komplementari dianggap sebagai petugas barisan hadapan oleh JKJAV dan adalah sebahagian daripada pemantauan Kementerian Kesihatan. Terdapat pesakit berkeperluan khas yang juga memerlukan terapi khas – termasuk kanak-kanak autisme. Kita telah menangani perkara ini semasa PKP yang lalu. Jadi mengapa mereka tiba-tiba tidak dibenarkan beroperasi semasa total lockdown kali ini, sedangkan mereka boleh beroperasi semasa PKP dahulu? SOP Kerajaan PN perlu konsisten. Ini bukan PKP kita yang pertama. Sepatutnya kekeliruan seperti ini tidak lagi timbul – sikap tidak konsisten seperti ini hanya akan membebankan pesakit dan pihak industri.