Skip to content

Permintaan daripada mereka dalam industri pembangunan dan pembinaan agar Perdana Menteri segera campur tangan dalam mengatasi kegagalan Kementerian Sumber Manusia berhubung pengambilan buruh asing untuk industri pembinaan

Presiden/wakil 10 Persatuan berkaitan industri pembangunan dan pembinaan telah pada 29 September 2022 mengeluarkan satu kenyataan media meminta campur tangan segera Perdana Menteri untuk mengatasi kegagalan Kementerian Sumber Manusia berhubung pengambilan buruh asing untuk industri pembinaan.

10 Presiden/Wakil persatuan- persatuan tersebut adalah seperti berikut:-

  1. En. Oliver HC Wee, Presiden Master BuildersAssociation Malaysia (MBAM)
  2. Datuk Azman Yusoff, Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM)
  3. Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM)
  4. Dato’ Ir. Md. Nasir Ibrahim, Gabungan Kontraktor Bumiputera Wibawa Malaysia (GBC)
  5. Dato’ Sri Sukumar Subrayalu, Presiden Persatuan Kontraktor India Malaysia (PKIM)
  6. Sr. Dainna Baharuddin, Presiden The Royal Institution of Surveyors, Malaysia (RISM)
  7. Datuk NK Tong, Presiden Real Estate and Housing Developers’ Association (REHDA) Malaysia
  8. Ir. K. Sundraraj, Presiden Association of Consulting Engineers, Malaysia (ACEM)
  9. Assoc. Prof (Ind.) Ar. Sarly Adre Sarkum, Presiden Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM)
  10. Datin TPr. Hjh Noraida Saludin, Presiden Malaysian Institute of Planners (MIP)

Persatuan-persatuan ini mewakili ratusan jika tidak beribu-ribu majikan dalam industri pembangunan dan pembinaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan telah menyatakan beliau akan meletak jawatan sebagai Menteri sekiranya dapat dibuktikan terdapat kelemahan dalam Kementeriannya. Buktinya terlalu banyak . Selain daripada aduan di atas, majikan-majikan daripada industri-industri lain juga telah menyatakan kekecewaan mereka terhadap Kementerian Sumber Manusia. Saya menyeru Datuk Seri Saravanan untuk menyatakan sama ada beliau akan meletak jawatan seperti yang dijanjikan.