Kita selalu mendengar ahli politik BN mengatakan bahawa rakyat Malaysia harus berterima kasih kepada BN dan perlu sentiasa ‘bersyukur dengan nikmat yang diberi BN’ kerana telah menyediakan persekitaran yang baik untuk rakyat Malaysia menjadi kaya. Kita juga selalu diberitahu bahawa kita tidak boleh menyalahkan mereka dalam isu kemiskinan rakyat.
Exco kerajaan negeri Perak bagi kerajaan setempat ada berkata ‘kita semua pada suatu masa dahulu datang dari kebelakangan miskin’ sebagai justifikasi adanya kemiskinan di negeri Perak.p
Walaupun ianya agak menghiburkan untuk menyaksikan BN memalukan diri mereka sendiri dengan kenyataan-kenyataan yang tidak masuk akal, bagai ‘meludah ke langit, muka sendiri yang kena’, keadaan ini amat membimbangkan bagi rakyat Perak kerana kebanyakan mereka yang berada di dalam kerajaan negeri hanya menurut nasu dan tidak sedar diri.
Persekitaran yang sama dibina untuk mengkayakan sanak saudara sendiri juga secara sistematiknya membiarkan rakyat miskin terus tersepit di dalam kemiskinan. Persekitaran ini menyebabkan rakyat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, memenjarakan orang muda yang baru memulakan hidup, rakyat dari kelas pertengahan yang tersepit di dalam perangkap pendapatan kelas pertengahan tanpa boleh melepaskan diri. Sistem yang dibina itu bagai membenarkan mereka yang berada di tangga 1% teratas menikmati 99% kekayaan, tetapi 99% rakyat selebihnya hanya boleh menikmati 1% lebihan kekayaan yang ditinggalkan oleh mereka yang kaya raya.
Kebenaran dalam bentuk statistik
Sebenar-benarnya, negeri Perak yang dulu sangat makmur pada zaman kegemilangan bijih timah kininya hanyalah negeri ‘TouchnGo’ yang dikunjungi untuk pelbagai makanan yang murah, dan untuk mentertawakan cara kita berbicara (colloquialism) dan fahaman sempit.
Realitinya, kebanyakan pendapatan yang diterima di Perak dibelanjakan di negeri Selangor, Penang dan sebagainya, kecuali di Perak sendiri. Kerajaan negeri tidak melakukan apa-apa untuk mengatasi maaslah ini.
Negeri Perak mencatat tempat ketiga tertinggi bagi Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tetapi, berada di tempat ke-sebelas dari 15 negeri bagi KDNK per kapita. Purata pendapatan isi rumah bagi rakyat negeri Perak pula di tempat ke-duabelas.
Kita mungkin semakin maju dari segi ekonomi negeri, tetapi pendapatan rakyat Perak tidak meningkat secara menyeluruh.
Mereka yang mempunyai ‘kabel’ atau kenalan yang menguntungkan tanpa mengira integrity dan merit semakin kaya, rakyat yang miskin atau berbakat tidak banyak pilihan, samada tersangkut di takuk yang lama, atau tinggalkan negeri Perak demi mencari rezeki yang lebih di negeri lain.
Semasa perbahasan selama tiga hari, ADUN Pakatan Rakyat telah beberapa kali menjemput untuk berbahas mengenai jurang pendapatan negeri, tetapi tiada satu pun dari 30 ADUN BN mempunyai fakta, kebenaran, mahupunkeberanian untuk mengemukakan hujah mereka.
Semeasa ucapan penggulungan oleh YAB Menteri Besar Perak, ADUN Pakatan Rakyat telah menyatakan bahawa GINI Coefficient dan KDNK per kapita VS pertumbuhan KDNK, apabila dibandingkan, terang menunjukkan jurang pendapatan di negeri Perak semakin tidak terkawal.
ADUN Pakatan Rakyat telah meminta langkah-langkah yang sepatutnya diambil untuk menangani masalah ini yang menunjukkan peningkatan GINI Coefficient sejak tahun 2004 bagi negeri Perak. ADUN Paktan Rakyat juga memohon supaya kerajaan menyatakan target GINI Coefficient kerajaan untuk jangkaan masa pendek dan panjang.
Jawapan yang kami terima adalah penjelasan mengenai GINI Coefficient dan mengapa kita tak boleh menggunakannya sebagai ukuran untuk ekonom negeri.
Pembangkang telah memainkan peranan, Kerajaan tidak endah.
Persidangan bajet ini merupakan persidangan paling penting terutama pada tahun pertama. Ianya sepatutnya membenarkan ahli-ahli dewan undangan negeri untuk bersuara dan mempertimbangkan bajet tersebut selepas dilihat dan disemak dengan teliti, dan terutama sekali dibahas.
Apakah polisi BN dalam mewujudkan persekitaran di mana rakyat boleh mencari peluang untuk berjaya?
Di mana pasaran buruh bukannya wujud hanya untuk berkhidmat kepada kerajaan dan badan-badan korporate tetapi mempunyai kepakaran dan pelbagai untuk mengalakkan pertumbuhan kreatif dan mantan sector perniagaan kecil dan sederhana?
Di mana rakyat bukan sahaja boleh mencari pekerjaan yang diwujudkan oleh kerajaan tetapi juga pekerjaan yang membenarkan mereka maju secara professional dan peningkatan prospek bagi keluarga mereka?
Mengapakah kerajaan negeri hanya focus kepada pertumbuhan, tetapi semua angka termasuk Gini Coefficient menunjukkan kita harus lebih focus kepada pengagihan?
Di Perak, pembangkang sentiasa memainkan peranan untuk kebaikan rakyat, tetapi kami sering ‘bertepuk sebelah tangan’ kerana kerajaan negeri tidak pernah mahu bertindak. Sampai bila lagi ‘demokrasi minima’ (minimalistic democracy) ataupun ‘autokrasi terpilih’ (electoral autocracy) yang kita hadapi ini akan menjadi ‘demokrasi berkembang maju’ yang kita dambakan seperti yang diutarakan oleh Tuan Speaker.
Dengan peningkatan kos komoditi dan pengenalan GST, kita haru terima bahawa rakyat Perak terpaksa bersedia untuk menghadapi kejatuhan ekonomi yang pastinya akan terjadi sekurang-kurangnya sekali dalam masa empat tahun akan datang.
Bajet yang dibentangkan sememangnya membawa banyak kekecewaan kerana langsung tidak kelihatan apa-apa kaedah untuk melindungi rakyat daripada kemungkinan ini sekiranya ia berlaku.
Kapal besar menuju kealpaan atau bot kecil menyelamatkan nyawa
Gambaran yang kita lihat sekrang adalah satu kapal besar yang dipenuhi orang kaya dan harta mereka di dalam lautan tidak berharapan menuju kealpaan. Sedih melihatkan mereka yang ketinggalan cuba untuk berenang ke arah kapal tersebut dan mengharapkan simpati anak kapalnya menyelamatkan mereka. Kapal tersebut telahpun rosak teruk dan akan tenggelam tidak lama lagi.
Di dalam gambaran ini, muncul bot kecil yang tidak sempurna tetapi cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka yang dipukul ombak lautan tanpa harapan ini. Membawa mereka ke tempat yang lebih baik jauh dari lokasi kealpaan dan tidak putus-putus kembali dan menyelamatkan setiap orang yang berada di lautan yang luas itu.
Persoalannya, adakah kita mahu terus berada di dalam lautan tanpa harapan ini, atau berenang kea rah kapal besar tersebut, atau berusaha untuk diselamatkan oleh bot kecil yang membawa harapan ke tempat yang lebih baik?
Saya pastinya tidak akan berterima kasih kepada BN kerana meletakkan saya dan rakyat Malaysia yang saya kasihi dipukul ombak tanpa harapan ini, itu sudah pasti.