Skip to content

Perutusan Tahun Baru Cina 2015 Kerajaan Negeri Pulau Pinang oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng

Bersandarkan Kesederhanaan, Keluhuran Undang-Undang, Ketelusan dan Usaha Tanpa Henti ke Arah Kecemerlangan Demi Menawarkan Model Urus Tadbir Alternatif yang Lebih Baik

Sementara kita mengalu-alukan Tahun Kambing, Pulau Pinang berharap kita juga boleh mengucapkan selamat tinggal kepada bencana buatan manusia dan semula jadi pada Tahun Kuda. Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa 3 nahas syarikat penerbangan dan mangsa banjir besar pada akhir tahun lepas.

Dalam mengharapkan tahun baru yang bebas daripada bencana buatan manusia atau semula jadi, Pulau Pinang boleh menunjukkan kepada rakyat Malaysia satu model alternatif yang lebih baik tadbir urus dengan bergantung kepada kesederhanaan, keluhuran undang-undang, ketelusan dan usaha kecemerlangan. Keempat-empat kriteria asas ini adalah rahsia kejayaan di sebalik banyak negeri yang telah mencapai taraf antarabangsa dan pintar. Pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang yang berdasarkan CAT – cekap, akauntabiliti dan telus adalah satu anjakan paradigma daripada model BN yang berteraskan kapitalisme kroni, rundingan tender, bajet defisit dan peningkatan hutang.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menerima pakai pendekatan mesra rakyat, 3E, iaitu memberdaya(enable) rakyat melalui kemahiran memperoleh dan pengetahuan, memperkasa (empowered) rakyat dengan hak dan tanggungjawab serta memperkaya (enrich) rakyat. Pertama, untuk hidup bermaruah, rakyat perlu diberdaya dengan kemahiran, pengetahuan dan juga diperkasa dengan kefahaman yang mendalam tentang hak dan tanggungjawab. Pelaburan dalam pendidikan adalah perlu untuk masa depan yang lebih baik. Begitu juga melabur dalam jumlah yang sederhana yang menghormati hak dan tanggungjawab bagi memastikan kestabilan dan masyarakat teratur yang menjadi kunci kepada kejayaan.

Sebagai contoh Kluster Sains Pulau Pinang (PSC) telah memulakan pengajaran STEM yang pertama di Negara melalui mata pelajaran Sains, Kejuruteraan, Bahasa Inggeris dan Matematik. Melalui PSC, kafe ditubuhkan untuk mengajar kanak-kanak sekolah rendah berkenaan robotik. PSC juga menganjurkan pameran sains dan teknologi yang terbesar di Malaysia selama dua hari yang menarik 60,000 orang, sehingga ia perlu diadakan di stadium. Penang Tech Dome yang bernilai RM 25 juta telah diluluskan untuk mewujudkan Pulau Pinang sebagai pusat ilmu pengetahuan dan teknologi.

Kemahiran dan pengetahuan serta etika kerja berkenaan kerja keras, kerja berpasukan dan nilai positif kesederhanaan dan keharmonian adalah penyelesaian. Menyalahkan orang lain dan mengambil jalan mudah dengan memupuk kebencian dan keganasan melalui perkauman dan ekstremisme, hanya akan membawa kepada kehancuran dan kegagalan. Tiada negara dalam sejarah yang bergantung kepada diskriminasi, kebencian dan keganasan berjaya.

Salah satu daripada langkah kejayaan pentadbiran CAT adalah pertumbuhan ekonomi. Sebagai sebuah negara perindustrian, Pulau Pinang telah mencatatkan pelaburan yang lebih tinggi daripada RM41 bilion 2008-2013, iaitu 90% lebih tinggi daripada 6 tempoh yang sama pada tahun 2002-2007 sebanyak RM21 bilion. Urus tadbir CAT telah membolehkan Pulau Pinang mengurangkan 90% hutang negeri dengan lebihan yang direkodkan setiap tahun sejak tahun 2008. Sejak tahun 2008, jumlah lebihan bajet kita adalah sebanyak RM453 juta. Lebihan bajet RM453 juta lebih dalam 6 tahun ini adalah lebih tinggi daripada jumlah lebihan sejak 50 tahun lepas 1957-2007 sebanyak RM373 juta!

Kejayaan ini dikongsikan bersama rakyat. Bagi meperkaya rakyat, kerajaan negeri telah mengagihkan RM287 juta daripada lebihan bajet sebanyak RM453 juta, dalam bentuk tunai kepada rakyat. Selebihnya digunakan untuk projek infrastruktur asas jalan raya yang lebih baik, perparitan, kemudahan awam dan taman hijau. Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira 12% daripada bajet tahunan untuk bantuan wang tunai ini, yang tertinggi di antara semua kerajaan negeri.

Dalam usaha mencapai status bandar antarabangsa dan pintar, kita tidak boleh lupa pra-syarat asas bagi Pulau Pinang yang lebih bersih, lebih hijau, selamat dan sihat – Pulau Pinang mesti menjadi bandar budaya dan warisan yang gencar untuk menjadi pusat ekonomi yang dinamik di Malaysia.

Marilah kita di Pulau Pinang menunjukkan bahawa kita menghargai kerjasama, bukan konfrontasi dalam menyelesaikan masalah kita bersama. Tidak seperti warna kulit kita, ketidaksamaan dan ketidakadilan tidak mempunyai warna. Begitu juga mengapa kita mengamalkan diskriminasi apabila kita tidak membezakan warna duit kertas kita?