Skip to content

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah tentang memilih Kerajaan Persekutuan yang boleh menyelamat, membina dan mencipta semula Malaysia pada masa hadapan

Kempen PRU-15 kini telah dimulakan secara rasmi untuk pengundi warganegara Malaysia menggunakan hak demokrasi mereka bagi memilih Kerajaan Persekutuan.

Bagi Pakatan Harapan (PH), kempen untuk menyelamat, membina dan mencipta semula Malaysia telah dijalankan sejak tahun 1999.

Kita telah menghadapi cabaran yang amat besar untuk menukar Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah berakar umbi.

Walau bagaimanapun, sinar harapan masih ada apabila para pengundi telah melakukan perkara yang mustahil dengan menumbangkan BN di beberapa buah negeri pada tahun 2008.

Keazaman rakyat Malaysia untuk berubah tidak boleh dipandang remeh, terutamanya selepas kuasa BN digulingkan daripada Kerajaan Persekutuan pada 2018.

Apa yang berlaku selepas Langkah Sheraton adalah satu tamparan hebat kepada mandat demokrasi pengundi.

Negara dan rakyat terus menderita di bawah pemerintahan BN-Perikatan Nasional (PN).

Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk mendedikasikan semula komitmen politik anda untuk menyingkirkan BN dan PN sekali lagi.

Di Pulau Pinang, PH berdepan pertembungan pelbagai penjuru di semua 13 kawasan Parlimen.

Pilihan Raya Umum diadakan untuk membolehkan rakyat memilih Ahli Parlimen masing-masing, tetapi pilihan raya ini bukan semata-mata untuk memilih Ahli Parlimen anda.

Lebih penting, ia adalah mengenai pemilihan Kerajaan Persekutuan yang boleh menyelamat, membina dan mencipta semula Malaysia pada masa hadapan.

Bersama-sama, kita merealisasikannya. Kita Boleh!