Saya telah ke SJK(C) Sungai Durian untuk menghadiri majlis penyampaian meja dan peralatan ping pong kepada pihak sekolah. Dalam ucapan, saya juga mengingatkan murid-murid bukan sahaja kepentingan akedemik tetapi juga kepentingan kokurikulum dan berlatih bersungguh-sungguh supaya meningkatkan maruah sekolah.
Asalnya, SJK(C) Sungai Durian mempunyai dua buah meja ping pong tetapi terdapat satu telahpun rosak. Selepas mendapati permohonan daripada pihak sekolah, saya telah menyumbangkan sebuah meja ping pong baru, 11 raket dan 100 biji bola ping pong supaya murid-murid dapat peralatan yang mencukupi untuk berlatih.
Saya juga telah bermain bersama murid-murid selepas majlis penyampaian dan menggalakkan mereka supaya berlatih bersungguh-sungguh dan harap pada masa depan akan mewakili daerah Kampar ke peringkat negeri.
Ping Pong adalah sukan olimpik sejak tahun 1988, sukan Komanwel sejak tahun 2002 dan juga sukan SEA sejak 1959. Malangnya, disebabkan isu politik, ping pong dikeluarkan daripada SUKMA sejak tahun 2013 sehingga hari ini.
Ping pong merupakan antara 10 sukan yang paling terkenal di dunia ia menduduki di tempat ke-6 dan mempunyai 850 juta menyokong dan 40 juta pemain di seluruh dunia. Oleh itu, saya berasa kecewa dan hairan apabila mendengar sukan ping Pong tidak diadakan di SUKMA mulai 9 tahun lalu.
Pasukan ping pong Malaysia juga pada sukan Komanwel terkini telah mendapati keputusan yang cemerlang, membawa balik dua pingat perak di acara beregu wanita dan beregu campuran. Mencapai keputusan yang paling baik dalam sejarah ping pong Malaysia.
Saya mencadangkan supaya kerajaan memberikan lebih tumpuan dan sumber kepada acara ping pong untuk meningkatkan tahap ping ping di Malaysia dan juga memastikan sukan ping pong termasuk ke acara wajib setiap SUKMA. Ini dapat menjadikan sebuah pentas untuk membangunkan dan memajukan pemain ping pong ke tahap antarabangsa.