Skip to content

PJ Startup Festival 2024 kini kembali untuk edisi yang kelima!

PJ Startup Festival yang telah dinanti-nantikan kembali lagi untuk edisi kelima. Program ini akan membawakan beberapa syarikat startup terbaik di Malaysia dan juga dari serantau ini. Festival ini merupakan anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, YB Lim Yi Wei dengan kerjasama ahli-ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dari Zon 7, 8,10, 12, 13, 16, 19 dan 20.

PJ Startup Festival 2024 ialah acara startup percuma terbesar di Petaling Jaya yang memfokuskan penumbuhan akar umbi bagi ekonomi digital dan disokong oleh MBPJ, Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC) dan rakan kongsi modal teroka.

Maklumat acara adalah seperti berikut:

Tarikh

:

17 – 18 Ogos 2024 (Sabtu dan Ahad)

Masa

:

10am – 7pm

Tempat

:

Hall 2, Tingkat 5, The Starling, 47400, Petaling Jaya, Selangor

Selain daripada mempamerkan syarikat startup yang inovatif, PJ Startup Festival 2024 juga akan mengetengahkan topik perbincangan berkaitan trend terkini dalam dunia startup dan juga teknologi. Pelbagai tema perbincangan menanti peserta. Antara topik menarik yang bakal dibincangkan adalah berkenaan keusahawanan belia, Malaysia sebagai superpower dan bank digital.

Festival ini juga akan memfokuskan beberapa perkara seperti ekonomi digital, kenderaan elektrik, cara memulakan perniagaan, bagaimana untuk memanfaatkan kepintaran buatan (AI) dan beberapa lagi topik menarik. Peserta berpeluang untuk meraih pengetahuan daripada pakar dalam bidang ini dan mendengar idea serta pendapat tentang cara membentuk masa depan perniagaan melalui teknologi.

Seperti biasa, PERKESO juga akan bekerjasama dengan PJ Startup Festival 2024 bagi mengadakan “Festival MYFutureJobs Career Job Fair”. Acara ini akan menampilkan beberapa majikan yang akan mengadakan temu duga secara terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mencari pekerjaan. PERKESO juga akan menyediakan beberapa perkhidmatan seperti pemprofilan MYFutureJobs, semakan untuk tuntutan kemalangan dan penyakit, dan pendaftaran untuk Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah. Perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk membantu peserta untuk mencari peluang pekerjaan dan menyediakan perlindungan keselamatan sosial.

Kami dengan bangga ingin memaklumkan bahawa penyertaan PJ Startup Festival 2024 adalah PERCUMA untuk semua kategori dan lapisan masyarakat. Kami percaya bahawa semua orang seharusnya diberikan peluang untuk belajar dan melibatkan diri dengan ekosistem startup. Selain itu, kami juga berharap dengan menjadikan festival ini percuma, ia dapat menggalakkan lebih banyak penyertaan dari orang ramai.

Dapatkan tiket anda dengan melayari https://www.ticket2u.com.my/event/37007/pj-startup-festival-2024 dan klik “choose your selection”. Kemudian, pilih jenis tiket anda sama ada pas 1 hari atau 2 hari. Klik “confirm & checkout”, isi maklumat yang diminta, klik “save & next”, klik “complete registration”, “go to my tickets” dan muat turun tiket anda.

Kami juga menyediakan sebanyak 49 gerai pameran untuk startups dan organisasi yang berminat untuk mengadakan pameran. Setiap unit gerai pameran berharga RM1000.00 sahaja. Jika berminat untuk menempah gerai pameran, anda boleh berbuat demikian dengan melayari https://www.ticket2u.com.my/event/37007/pj-startup-festival-2024 dan pilih “Exhibitor Registration”, klik “buy ticket now”, “confirm & Checkout”. Isi kesemua maklumat yang diminta dan klik “save & next”. Kemudian, klik “complete registration”, “go to my tickets” dan muat turun tiket anda. Pihak kami akan menghubungi anda bagi tindakan lanjut berhubung pembayaran gerai pameran.

Kami ingin menjemput anda untuk mengikuti laman media sosial kami bagi mengetahui perkembangan berita dan maklumat terkini tentang PJ Startup Festival 2024。

Facebook: https://www.facebook.com/pjstartupfestival/
Instagram: https://www.instagram.com/pjstartupfestival/

Kami akan mengemas kini sebarang maklumat baharu terutama sekali berkenaan syarikat startup yang terlibat, panelist utama, topik perbincangan dan aktiviti-aktiviti menarik yang bakal berlangsung sepanjang festival ini. Anda juga berpeluang untuk berhubung dengan peserta lain, berkongsi idea dan pendapat anda, dan membina rangkaian dengan ahli komuniti startup yang lain.

Jumpa anda di #PJStartupFestival2024!