Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa agar segera memberi calon Duta Besar ke Indonesia susulan pelantikan Duta Besar ke Indonesia masih ditangguhkan demi menjamin kepentingan negara.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam mengurniakan watikah pelantikan kepada empat duta besar Malaysia ke luar negara di Istana Negara, namun tidak nampak calon Duta Besar ke Indonesia DS Tajuddin dikurniakan watikah pelantikan【1】.
Ini bermaksud jawatan Duta Besar Malaysia ke Indonesia masih kosong selama 16 bulan dan sekarang hanya Kuasa Usaha Sementara yang mempunyai kuasa yang terhad untuk mengurus hal ehwal diplomatik dua negara.
Saya pernah membangkit isu DS Tajuddin bahawa beliau tidak mempunyai professional diplomatik. Pelantikan ini tidak adil kepada kalangan diplomat yang profesional dan kemungkinan merosakkan imej kerajaan Malaysia【2】.
Banyak spekulasi tentang status DS Tajuddin dan sekarang masih tiada status terkini daripada Kerajaan Malaysia yang mengenai adakah calon Duta Besar ke Indonesia telah ditukar.
Indonesia merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN dan dua negara mempunyai kepentingan bersama seperti isu sawit dan jerebu rentas sempadan.
Susulan langkah Indonesia tidak lagi menyekat eksport sawit dan meningkatkan pengeluaran minyak sawitnya, ia telah menyebabkan harga minyak sawit mentah (MSM) Malaysia mencatat penurunan bulanan terbesar dalam tempoh lebih 13 tahun pada Jun dan pengilang sawit berhenti operasi sementara pada hujung bulan Jun supaya kejatuhan mengejut harga minyak boleh dimakan 【3】.
Selain itu, kemungkinan jerebu risiko sederhana bakal kembali ke Malaysia berbanding dengan tahun lepas (tahap rendah) berdasarkan Laporan Pandangan Jerebu yang dikeluarkan Institut Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA). Ini disebabkan perluasan perladangan dan pembersihan tanah yang baru dengan cara kebakaran oleh peladang kecil-sederhana susulan peningkatan harga komoditi.
Justeru, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa agar segera memberi nama calon Duta Besar ke Indonesia yang berprofesional untuk membantu Malaysia dalam penyelarasan masalah antara 2 negara bagi menjamin kepentingan negara.
【1】Agong kurnia watikah pelantikan 4 duta
【2】Adakah DS Tajuddin ialah pilihan terunggul sebagai Duta Besar ke Republik Indonesia?
【3】Pengilang sawit henti operasi berdepan tindakan