Menteri Besar PAS Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor wajar dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia kerana sikapnya yang melampau dan memandang rendah wanita. Muhammad Sanusi bukan sahaja tidak menghormati wanita, malah menghina dan mempersendakan mereka sebagai tidak layak untuk jawatan lebih tinggi atau dipilih sebagai Ahli Parlimen.
Akhbar New Straits Times hari ini melaporkan bahawa Menteri Besar Kedah telah mempersoalkan keupayaan wanita untuk menjadi wakil rakyat di Sik. Sanusi telah berkata, “Di Sik, calon (dari BN dan PH) adalah wanita. Bukan saya merendahkan wanita. Di Sik ini dalam keadaan Sik yang luas, luar bandar, orang susah ramai. Orang panggil wakil rakyat siang, pagi, tengah malam, pagi buta panggil. Dia kacau serba-serbi, adakah wakil orang betina (wanita) boleh buat? Saya kata kamu tak boleh buat, pukul 3 pagi (jika mereka dikejutkan oleh pengundi yang meminta bantuan mereka), kita boleh bayang orang betina bangkit tidur setara mana. Nak pergi tolong orang banjir. Dia nak bersiap keluar daripada rumah dua jam, sesuai di Sik ini orang lelaki”.
Bagi PAS untuk mengamalkan pendirian ekstremis garis keras terhadap wanita, menafikan dan mengabaikan peranan kritikal yang dimainkan oleh wanita dalam pembangunan negara kita. Apa yang lebih teruk, Perikatan Nasional termasuk Bersatu dan Gerakan serta STAR dan SAPP dari Sabah menyokong pemimpin PAS seperti itu. Bukan wanita sahaja, malah lelaki harus menolak dinosaur politik seperti PN, yang memecahbelahkan rakyat dan mahu membawa negara kembali ke era primitif.
Kenyataan tidak rasional dan menyeleweng seperti itu menambah senarai panjang kenyataan ekstremis dan perkauman oleh pemimpin PAS termasuk Presidennya Abdul Hadi Awang. Ketua Pemuda Pas Sik Mohd Shahiful juga dikecan kerana memberi amaran bahawa pengundi yang memilih BN dan PH akan masuk neraka. Ini jelas menyalahgunakan agama secara tidak bertanggungjawab untuk kepentingan politik.
Selain kenyataan berbaur perkauman Hadi, semua kenyataan ekstremis ini nampaknya berpunca daripada pemimpin PAS yang berkempen di Sik. PAS dan PN harus ditolak dalam pilihan raya umum akan datang kerana telah jatuh ke tahap terendah dengan menggunakan bukan sahaja kaum dan agama tetapi juga kini melemparkan kebencian terhadap wanita untuk cuba memenangi pilihan raya umum akan datang.