Skip to content

PN, PAS dan Bersatu wajib hentikan politik tidak beretika dan tidak bertanggungjawab mengeksploitasi pembohongan untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan terhadap Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh

PN, PAS dan Bersatu wajib hentikan politik tidak beretika dan tidak bertanggungjawab mengeksploitasi pembohongan untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan terhadap Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh. Hannah terpaksa untuk berulangan kali membuat laporan polis mengenai pembohongan bersiri yang dilemparkan terhadapnya oleh pemimpin Bersatu dan PAS yang telah menjejaskan muhibah kaum dan menjejaskan keharmonian agama.

Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohamad Kamal Mohamed berkata, Hannah telah menggunakan kuasa Menterinya untuk menafikan hak Kelantan untuk menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma 2024). Hakikatnya kerajaan negeri Kelantan telah bersetuju untuk menganjurkan SUKMA edisi 2028 bagi memberi masa tambahan untuk membuat persiapan dan membina fasiliti sukan di sana.

Hannah juga tertakluk kepada fitnah hebat oleh seorang pemimpin Bersatu yang menuduhnya menyokong inisiatif ‘Jom Ziarah’ untuk lawatan gereja oleh NGO dengan dana daripada kementeriannya. Hannah dituduh membenarkan program Kristianisasi yang boleh menyasarkan belia Islam, walaupun Hannah telah menegaskan bahawa tiada orang Islam sebaliknya hanya belia bukan Islam yang terlibat. Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan juga turut terlibat dengan pelbagai tuduhan liar dan tidak berasas terhadap Hannah.

Tindakan saman fitnah sivil atau tindakan pencegahan jenayah boleh diambil kemudian, namun kerosakan awal yang telah menjejaskan perpaduan negara dan keharmonian agama yang lahir daripada pembohongan ini akan sukar untuk dipulihkan atau dikawal. Atas sebab itu, semua rakyat Malaysia menyokong penuh amaran yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa tidak akan ada tolak ansur terhadap sebarang percubaan untuk menghasut sentimen kaum atau agama di negara ini dan beliau telah mengarahkan pasukan keselamatan berwaspada sepenuhnya terhadap sebarang cubaan oleh puak perkauman dan ekstremis untuk mengganggu keselamatan negara.