Skip to content

PN = Pelik Nasional

Parti Bersatu yang dah berpecah menamakan Muhyiddin Yassin sebagai calon PM, walaupun ada beratus-ratus bahagian menandatangani surat akuan untuk menjatuhkannya, sehinggalah yang terlibat dikenakan tindakan, termasuklah satu Ahli Parlimen dipecat dan satu lagi digantung.

Semalam Ketua Pembangkang Parlimen mengatakan bahawa semua dari blok pembangkang sudah mengetahui calon PM mereka walaupun masih tidak mampu untuk menamakannya secara terbuka.

Hari ini Presiden PAS pula mengatakan bahawa pengumuman calon PM akan mengundang risiko keselamatan, tidak pasti sama ada Ahli Parlimen Marang risau bahawa Muhyiddin akan disogok atau Hamzah akan diletakkan jongkong emas, ataupun calon-calon PAS sebanyak 4 lori akan diletakkan dadah dalam kereta.

Inilah akibatnya apabila pembangkang sedia ada tidak berfungsi, sibuk memainkan sentimen perkauman & keagamaan, tidak mampu berhujah dalam aspek dasar & polisi, tidak berupaya menaikkan nama negara dalam persada kebangsaan, malah gagal menampilkan calon PM dari kalangan kem mereka.

Tidak pasti sama ada MCA & MIC yang akan menyertai PN mempunyai calon PM sendiri atau tidak, ataupun sedia menyokong calon PM daripada PN yang tidak diketahui dan dikenali.

Dari berpecah sehinggalah berpelik, inilah penampilan PN kepada rakyat jelata.