DAP tidak terkejut dengan perangai kebudak-budakan MCA dan Gerakan yang seolah-olah merajuk sehingga menutup pusat-pusat khidmat mereka sebagai balasan kepada kekalahan teruk yang dialami dalam pilihanraya umum yang baru berakhir. MCA hanya berhasil mendapat 7 kerusi Parlimen manakala Gerakan hanya mendapat 1 kerusi. Reaksi oleh Gerakan dan MCA setelah kalah dalam pilihanraya samalah seperti seorang budak kecil yang mengamuk kerana tidak mendapat apa yang dia mahukan.
Mengancam untuk menutup pusat khidmat tidak akan menarik minat pengundi, tidak kira Cina, India mahupun Melayu yang telah memutuskan mereka sebagai tidak lagi relevan dan telah membuat keputusan untuk menolak BN. Ini ditunjukkan apabila Pakatan Rakyat memenangi 51% undi popular berbanding undi popular BN sebanyak 47.4%; kali pertama dalam sejarah sebuah pakatan oposisi memenangi lebih daripada separuh undi popular. (lihat bawah)
| BN | 523,7699 | 47.4% |
| Pakatan | 562,3984 | 50.9% |
| Lain-lain | 192,894 | 1.7% |
| Jumlah | 11,054577 | 100.0% |
| Majoriti Pakatan | 386,285 |
(Tidak termasuk undi rosak)
Pakatan Rakyat memenangi 5.6 juta undi berbanding 5.2 juta undi oleh BN, perbezaan ketara sebanyak 386,000 undi. Pakatan Rakyat menang 51% undi popular namun hanya 40% kerusi Parlimen menuntut reformasi pilihanraya yang tulen yang menghormati prinsip satu orang satu undi demi menyelamatkan demokrasi.
Rakyat Malaysia yang telah mengundi Pakatan Rakyat berbanding BN dengan majoriti jelas melihat keputusan pilihanraya sebagai sesuatu yang pelik kerana BN yang kalah undi popular dapat menjadi kerajaan, manakala Pakatan Rakyat yang menang undi popular tidak mendapat kuasa. Inilah namanya hitam jadi putih, putih jadi hitam.
Persidangan DAP Di Kuala Lumpur Pada Hari Sabtu Untuk Kesemua 38 Ahli Parlimen Dan 107 ADUN Yang Telah Dipilih, Bagi Merangka Pelan Bagi Berkhidmat Kepada Negara Dan Pengundi Serta Untuk Menggantikan MCA Dan Gerakan Yang Telah “Tutup Kedai” Dengan Sendirinya Berikutan Penolakan Total Terhadap Mereka Oleh Pengundi Dalam PRU Ke-13.
MCA dan Gerakan telah memandang rendah kehendak rakyat untuk perubahan seandainya mereka berfikir bahawa dengan menutup pusat khidmat dan pejabat mereka sebagai balasan kekalahan pilihanraya akan menakutkan para pengundi. DAP tidak pernah menutup pejabat dan pusat khidmatnya apabila kita kalah dalam setiap pilihanraya sejak tahun 1966 sehingga 2008 tetapi terus berjuang demi rakyat.
Rakyat sudah muak dan menyampah dengan permainan yang kebudak-budakan ini. Jika MCA dan Gerakan boleh menutup pusat khidmat mereka, kenapa tidak MCA dan Gerakan umumkan sahaja yang mereka akan “tutup kedai” terus?
DAP akan mengadakan persidangan khas di Kuala Lumpur pada hari Sabtu untuk kesemua 38 Ahli Parlimen dan 107 ADUN yang telah dipilih, bagi merangka pelan bagi berkhidmat kepada negara dan pengundi serta untuk menggantikan MCA dan Gerakan yang telah “tutup kedai” dengan sendirinya berikutan penolakan total terhadap mereka oleh pengundi dalam PRU ke-13.