Pusat Khidmat ADN Kampung Tunku gembira untuk mengumumkan bahawa Program #BundleRaya kembali lagi untuk edisi ke-3! Program ini bagi menggalakkan orang ramai meraikan Hari Raya Aidilfitri secara mesra alam dengan mengumpul dan memberi baju Raya “preloved” anda yang masih elok untuk
digunakan semula oleh orang yang kurang berkemampuan.
Program ini adalah anjuran Pusat Khidmat ADN Kg Tunku dengan kerjasama Rakyat Sejahtera,
Damansara Rockets dan Angkatan Demokrat.
Kami memerlukan pakaian seperti berikut:
- Baju Kurung/ Baju Kebaya
- Baju Melayu
- Samping/Songkok/Tudung/Kerongsang/”Dress Shoes”
Sila “drop off” baju anda di Pusat Khidmat ADUN Kg Tunku, 24, Jalan 20/9, Taman Paramount, 46300 Petaling Jaya.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Sdr Nur Rahim Nasir melalui WhatsApp di 018 906 0270