Sambutan Hari Raya Aidilfitri mugkin tidak akan lengkap tanpa memakai baju raya. Pejabat Ahli Parlimen Kulai berbesar hati untuk menganjurkan program kebajikan yang dinamakan PROJEK BAJU RAYA PERCUMA 2024 peringkat Parlimen Kulai buat kali ke-2.
Program ini direncanakan khusus bagi semua warga Kulai. Semoga mereka yang kurang berkemampuan dapat beraya dengan pakaian yang cantik serta merasa nikmat kegembiraan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Projek Baju Raya percuma ini merangkumi pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak yang disumbangkan oleh pelbagai pihak. Walaupun pakaian ini pakaian terpakai, namun pakaian yang diberikan masih cantik dan elok serta masih dapat digunakan lagi.
Projek Baju Raya percuma ini bermula 25 Mac 2024 sehingga 8 April 2024 di setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 10:00 pagi hingga jam 04:00 petang. Program ini bertempat di Pejabat Ahli Parlimen Kulai pada alamat yang berikut: 58-4, Jalan Tropika 1, Taman Tropika, 81000 Kulai, Johor.