Apabila menghadiri jamuan yang dijemputi oleh Persatuan Cheng Ying Lin Far Kampar, saya telah dalam ucapan saya menyatakan bahawa Hospital Kampar, yang sepatutnya bermula kerja pembinaan pada tahun 2020, telah mendapati kelulusan peruntukan sebanyak RM416juta dalam Parlimen dan lokasinya telah diluluskan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Namun, projek Hospital Kampar terpaksa ditangguhkan disebabkan Langkah Sheraton.
Sebenarnya Projek Hospital Kampar telah diumumkan pada tahun 2012 oleh kerajaan Barisan Nasional. Tetapi pengumuman tersebut merupakan cakap kosong sahaja kerana projek dan peruntukan untuk pembinaan hospital baru Kampar tidak pernah dibentangkan langsung dalam parlimen untuk kelulusan. Pengumuman tersebut merupakan penipuan Barisan Nasional untuk mendapatkan undi rakyat pada Pilihanraya tahun 2013.
Maka, projek hospital Kampar tetap tidak dapat apa-apa perkembangan sehingga tahun 2017. Pada 4hb Ogos 2017, timbalan Menteri Kesihatan pada masa itu, Dato’ Seri Dr Hilmi Yahya mengumumkan bahawa kerajaan Barisan Nasional akan mengadakan sebuah projek usaha sama dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) untuk membina sebuah hospital pengajar swasta di Kampar. Pada tahun yang sama, 27hb November, Exco Kesihatan Negeri Perak pada masa itu, Dato’ Mah Hang Soon telah mengumumkan dalam persidangan DUN negeri Perak disebabkan kerajaan negeri berada di dalam pertimbangan usaha sama hospital UTAR, kerajaan negeri akan membatalkan peruntukan untuk membina hospital kerajaan baru di Kampar.
Saya ingin mengulangi bahawa DAP menyokong UTAR membina hospital baru, tetapi apa yang kami bantah adalah pembatalan projek hospital kerajaan baru Kampar disebabkan usaha sama hospital UTAR. Perbezaan antara DAP dan MCA adalah bahawa MCA hanya ingin membina sebuah hospital baru di Kampar sahaja iaitu hospital UTAR. Namun, DAP memberi sokongan sepenuhnya untuk membina dua hospital baru di Kampar, iaitu hospital UTAR dan juga hospital kerajaan baru Kampar.
Memandangkan peruntukan dan tanah untuk projek hospital kerajaan baru Kampar telah diluluskan, saya berjanji bahawa kalau Pakatan Harapan diberikan peluang untuk menjadi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Perak dalam pilihanraya depan, kami akan membina hospital kerajaan baru di Kampar dalam tempoh 5 tahun supaya dapat memberi manfaat kepada penduduk-penduduk Kampar.