Skip to content

Projek pembesaran Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang menaikkan kapasiti kepada 10 juta penumpang setahun harus dilaksanakan segera kerana kapasiti maksima 6.5 juta penumpang sudah penuh sekarang, 5 tahun lebih awal

Kerajaan negeri Pulau Pinang meminta Kerajaan Persekutuan diminta untuk memulakan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dengan segera untuk menaikkan kapasiti kepada 10 juta penumpang setahun kerana kapasiti maksima 6.5 juta penumpang sudah penuh sekarang iaitu 5 tahun leibh awal daripada tempoh yng dijangka pada 2020.

Mengikut jawapan bertulis kepada pertanyaan saya di Parlimen pada bulan Mei 2016,oleh Menteri Pengangkutan, cadangan pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang daripada 6.5 kepada 10 juta penumpang setahun telahpun dikemukakan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, dan kini dipertimbangkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Kini Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang amat sesak sehingga ada yang menggelarkannya sebagai Pasar Malam Antarabangsa Pulau Pinang. Belum ada cadangan penaiktarafan Lapangan Terbang Pulau Pinang, kecuali projek letak kereta pada tahun depan. Adalah difahamkan satu bangunan 5 tingkat letak kereta sebanyak 3,300 tapak kereta akan dibina dalam dua fasa. Dijangka makan masa dua tahun setiap fasa, kos keseluruhan bangunan letak kereta 5-tingkat ini adalah RM80 juta.

Kegagalan membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bukan sahaja akan menjejaskan aliran masuk pelancong luar negeri ke Pulau Pinang ,tetapi juga akan memberikan impak negative kepada pendapatan Malaysia Airports Bhd(MAB) kerana Pulau Pinang adalah lapangan terbang yang paling beruntung bagi MAB selepas KLIA dan KLIA2. Oleh itu adalah berkepentingan awam dan nasional agar projek pembesaran lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang disegerakan. Jawapan oleh YB Menteri Pengangkutan kepada soalan saya adalah seperti berikut:-

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : BAGI JAWAB BUKAN LISAN

DARIPADA : TUAN LIM GUAN ENG [BAGAN]

SOALAN : 168

Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah cadangan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang akan dilaksanakan serta berapa insiden bumbung jatuh dan bocor telah berlaku serta mangsa yang cedera.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk mekluman Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan sememangnya mempunyai perancangan untuk menaiktaraf Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang supaya dapat menampung kapasiti sehingga 10 juta penumpang setahun berbanding kapasiti sedia ada yang hanya mampu menampung 6.5 juta penumpang setahun. Justeru, Kementerian ini telah mengemukakan permohonan peruntukan di bawah Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Kesebelas (RP2, RMKe-11) dan kini masih dalam proses pertimbangan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri .

Untuk pengetahuan Ahli Yang Barhormat, terdapat 2 insiden yang melibatkan kejatuhan siling bangunan dan dilaporkan seorang kakitangan KLAS telahh mengalami kecederaan. Walau bagaimapun, mangsa tersebut telah diberikan rawatan yang sewajarnya dan kini telah pun bekerja semula.