Pejabat ADUN Kampung Tunku dengan ini mengumumkan bahawa kerja-kerja menaiktaraf paip di Seksyen 22 telah bermula, di bawah Pakej 83B Air Selangor Daerah Petaling. Pihak yang melaksanakan projek ialah Air Selangor, Golden Admiral Sdn Bhd dan Straits Consulting Engineers Sdn Bhd.
Gangguan air adalah perkara biasa antara tahun 2018 – 2019 dan Seksyen 22 antara yang kerap menghadapi masalah di mana menjadi yang pertama mengalami pemotongan air dan yang terakhir pulih daripada masalah air. Memandangkan perkara ini kerap berlaku, pejabat kami telah melakukan permohonan sejak 2-3 tahun yang lalu untuk mendapatkan projek penggantian paip bagi Seksyen 22.
Walaupun penggantian paip di Seksyen 14 telah mengurangkan masalah tersebut, pihak kami berharap dengan penggantian paip di Seksyen 22 juga dapat membantu penduduk di kawasan itu agar tidak berdepan dengan masalah yang dihadapi sekarang. Dengan penggantian sistem injap yang baharu, pihak kami juga menjangkakan bekalan air akan lebih stabil di kawasan kejiranan seperti Seksyen 20 dan 21.
Jalan-Jalan yang terlibat dengan projek tersebut adalah Jalan 22/49, Lorong 22/49a, Jalan 22/32, Jalan 22/51, Jalan 22/47, Jalan 22/34, Jalan 22/34a, Jalan 22/45, Jalan 22/57, Jalan 22/38, Jalan 22/36, Jalan 22/42, Jalan 22/55, Jalan 22/53, Jalan 22/28, Jalan 22/40, dan Lorong 22/42a.
Kerja awal bermula pada 29 Mei 2024 dan dijangka siap pada Januari 2025.
Sepanjang projek tersebut berjalan, Penduduk Seksyen 22 boleh menjangkakan perkara berikut akan berlaku:
1. Penggalian dan pemasangan paip baharu: Proses penggantian akan melibatkan penggunaan kaedah pemotongan terbuka, dengan purata kedalaman penggalian 1.5 meter. Paip simen asbestos asal akan digantikan dengan paip “ductile iron”
2. Penurapan semula sementara: Untuk meminimumkan kesulitan kepada penduduk dan pengguna jalan raya, kawasan yang digali akan segera ditimbus dengan pasir dan diturap semula buat sementara waktu dalam tempoh 24 jam selepas penggalian.
3. Penempatan dan penyambungan semula meter air : Meter air sedia ada akan dipindahkan, digantikan dengan model keluli tahan karat, dan kemudian disambung semula ke paip baharu.
4. Penurapan semula jalan baharu: Selepas selesai kerja penyambungan paip, penurapan semula jalan secara menyeluruh akan dilakukan oleh kontraktor agar memastikan perjalanan lancar dan selamat untuk semua penduduk.
Air Selangor akan memaklumkan secara berkala kepada penduduk tentang jalan yang terjejas semasa projek itu berjalan. Untuk pertanyaan segera, penduduk boleh menghubungi Air Selangor di 15300, atau ikuti Halaman Facebook kami Https://Facebook.com/LimYiWei.MY untuk maklumat terkini.