Skip to content

PRU14: Rebutan kuasa hanya antara BN dan PH, yang lain tidak relevan

Dalam beberapa bulan lagi kita akan menentukan hala tuju dan masa hadapan negara kita, Malaysia. Setiap warganegara yang layak mengundi akan memilih calon-calon yang mewakili parti-parti yang bertanding. Pertarungan adalah antara 2 blok utama iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Parti-parti lain yang bertanding tidak boleh mengubah nasib rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, pengundi-pengundi harus memilih antara 2 blok ini untuk menjadi kerajaan yang bakal memerintah negara kita selepas PRU14.

Rakyat harus membuat keputusan samada memilih :

A) Barisan Nasional yang dikotori dengan skandal 1MDB, rasuah, GST, inflasi, penurunan nilai wang dan kelembaban ekonomi serta institusi-institusi kerajaan yang tercemar.

Atau

B) Pakatan Harapan yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin unggul, bebas rasuah dan berani menghapuskan GST dan Tol, memberi pendidikan percuma, merakyatkan emonomi serta mereformasikan pentadbiran negara berdasarkan prinsip-prinsip demokrasi.

Inilah peluang terbaik bagi rakyat untuk memilih siapakan yang akan diberi mandat untuk memerintah negara kita. Rakyat harus membuat pilihan yang tepat demi masa hadapan anak cucu kita.

PRU14 adalah pilihanraya yang memberi peluang kepada rakyat untuk mengubah kerajaan yang sedia ada. Jika terlepas peluang ini, saya percaya kita tidak boleh mengubah kerajaan sekarang untuk selama-lamanya. Monopoli kuasa akan diperkukuhkan lagi selepas pilihanraya.

Rakyat harus berani membuat perubatan demi kebaikan dan keselamatan negara. Kerajaan yang terlalu lama memerintah amat arif selok belok korupsi. Kuasa yang melampau juga akan mendorong rasuah berleluasa seperti ungkapan ‘power corrupts, absolute power corrupts absolutely.