Skip to content

Pulau Pinang Rumah Hijauku

Selamat datang ke Karnival Hijau Pulau Pinang 2016!

Ia adalah satu penghormatan besar buat saya hari ini untuk merasmikan Karnival Hijau Pulau Pinang 2016 yang bertemakan “Pulau Pinang Rumah Hijauku” bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia. Tahun ini kami berhasrat untuk memupuk budaya mampan dan penyelesaian hijau untuk mengurangkan kesan terhadap ekosistem kita.

Selaras dengan pelaksanaan Dasar Pengasingan Sisa Di Punca oleh Kerajaan Negeri, tema tahun ini – Pulau Pinang Rumah Hijauku akan cuba untuk menginspirasikan perubahan dan mendorong kita untuk membangun, merekabentuk, dan mengekalkan gaya hidup rumah hijau. Kami bangga melihat lebih daripada 40 pempamer dan rakan aktiviti di sini hari ini.

Pada 1 Jun tahun ini, kami telah maju setapak ke hadapan dengan pelaksanaan Dasar Pengasingan Sisa Di Punca dalam usaha untuk menjadikan Pulau Pinang negeri hijau pertama di Malaysia. Pulau Pinang adalah negeri pertama yang mengharamkan beg plastik percuma di pusat-pusat membeli-belah, mengharamkan bekas polistrena dan mencapai kadar kitar semula tertinggi iaitu 32% pada tahun 2015.

Kadar kitar semula 32% ini dicapai jauh melebihi sasaran kadar kitar semula peringkat kebangsaan iaitu 22% pada tahun 2020. Di Pulau Pinang, purata 1,700-1,800 tan sisa dihantar ke tapak pelupusan Pulau Burung setiap hari.

Jangka hayat tapak pelupusan yang dianggarkan adalah 42 tahun jika ia dilengkapi dengan Kemudahan Pemulihan Bahan (Material Recovery Facilities,MRF) dan mampu bertahan selama 60 tahun sekiranya turut dilengkapi dengan penukar sisa makanan. Pengasingan Sisa Di Punca merupakan salah satu cara untuk mengekalkan alam sekitar dan untuk mengurangkan sisa ke tapak pelupusan Pulau Burung.

Baru-baru ini, terdapat persoalan yang dibangkitkan berhubung kebimbangan terhadap kesan alam sekitar daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang dan projek penambakan tanah kerajaan. Kita sedar bahawa rakyat menuntut ketelusan, kebertanggungjawapan dan komitmen terhadap alam sekitar pada masa kini. Kerajaan Negeri komited ke arah menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri hijau dan tidak akan mengabaikan perlindungan alam sekitar.

Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (TMP) yang berjumlah RM27 bilion adalah penting bukan sahaja ke arah mencapai kemakmuran lestari tetapi juga untuk menyampaikan sebuah bandar yang sesuai didiami dengan kemudahan pengangkutan awam. Jelas, penambakan tanah adalah pilihan terakhir untuk membiayai RM27 bilion Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (TMP) yang merangkumi jalan raya, rel,kereta kabel dan teksi air. Dalam kepentingan menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri hijau, tambakan 3 pulau yang melibatkan 4,500 ekar akan diteruskan berdasarkan subjek kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar Terperinci (DEIA).

Dalam usaha untuk mencapai keseimbangan antara melindungi alam sekitar dan pembangunan ekonomi, kita perlu menggalakkan peluang ekonomi untuk semua, sebagai contoh, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Pulau Pinang, “Kemakmuran Lestari” harus menjadi hasil daripada pembangunan mampan yang membolehkan semua manusia untuk hidup dengan memenuhi keperluan asas dan maruah mereka.

Kerajaan Negeri sentiasa meletakkan keutamaan tinggi terhadap alam sekitar, mengurangkan kesan alam sekitar melalui perancangan, pelaksanaan dan kebolehlaksanaan dasar-dasar pembangunan negeri. Kerajaan Negeri hari ini tidak pernah membenarkan pembalakan di hutan simpan kekal, tidak seinci persegi pun boleh diambil. Tambahan pula, Kerajaan Pakatan telah menanam lebih daripada 271,000 pokok baru di Pulau Pinang sejak 2008.

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Rakan Kongsi Prinsipal kita – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Penganjur Utama: Malaysia Green Building Confederation (MGBC) dan Green Building Index Sdn. Bhd. (GBI). Rakan-rakan Sokongan: Penang Institute, Sunshine Garden Centre Sdn. Bhd., Jasper Promenade Sdn. Bhd. dan Pertubuhan Alam Sekitar (EcoKnights). Penganjur Bersama: WWF Malaysia, Sand Art Corner, Green Cap Ventures, Real Food Grocer dan Kitty Garden Store.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Penaja Lokasi: Sunway Hotel Seberang Jaya, Rakan Percetakan: Nets Printworks Sdn Bhd dan Rakan Publisiti: Sunway Karnival Mall. Terima kasih ditujukan kepada para penaja kami, EcoWorld, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd, Sulomas Sdn Bhd, Kee Lin Ecogreen Sdn Bhd, Premium Burmas Coconut Sdn Bhd (Cocomas), Aim Max Media Sdn Bhd dan Optimal Media Sdn Bhd, Hampshire Infotech, Leo Club of Penang Metropolitan (Omega), Terreal Malaysia Sdn. Bhd, Autocity Sdn. Bhd, KZ Entertainment Productions Sdn. Bhd, Emico Penang Sdn. Bhd, Beyond Ultron Sdn. Bhd and My Shape Fitness Centre

Akhir sekali, kita tidak mewarisi bumi ini tetapi hanya meminjamnya daripada anak-anak kita. Saya berharap hujung minggu ini akan memberi inspirasi pendidikan dan mesej alam sekitar melalui idea-idea yang inovatif, teknologi dan amalan. Marilah kita jadikan Pulau Pinang lebih Bersih, Hijau, Selamat, Sihat dan Negeri Bahagia. Jumpa anda lagi di Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang tahun hadapan!

Terima kasih.