MCA dilaporkan akan mengambil tindakan disiplin terhadap 13 orang ahli-ahli majlis di Johor kerana mengingkari arahan untuk tidak menerima lantikan selepas kekalahan teruk parti tersebut di dalam PRU-13. Sesetengah ahli majlis mungkin dipecat ekoran tindakan tersebut.
Insiden ini membuktikan bahawa ahli-ahli majlis telah menjadi gelanggang pertarungan dan asset persendirian parti politik.
Pada tahun 1964, Kerajaan Persekutuan telah menangguhkan Pilihanraya Kerajaan Tempatan (PKT) yakni pengistiharan darurat sempena Konfrontasi Malaysia-Indonesia. PKT telah digantung selama-lamanya selepas Parlimen meluluskan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Semenjak itu, orang ramai telah kehilangan hak untuk memilih ahli-ahli Majlis secara pilihanraya, tetapi masih boleh memilih Ahli Parlimen dan Ahi Dewan Undangan Negeri. Oleh kerana ahli-ahli Majlis dilantik oleh kerajaan negeri, maka kekurangan sekatan dan imbangan (check and balance) daripada kalangan rakyat.
Demikianlah isu-isu tempatan seperti timbunan sampah-sarap, sumbatan longkang dan semak-samun yang tidak dipotong selalunya timbul di dalam media massa.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai bajet yang besar tetapi ahli-ahli majlis yang dilantik tidak dilantik berdasarkan kehendak masyarakat dan tidak dapat menyelia peruntukan. Sebagai contoh, Bajet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)-merangkumi 1.72 juta kehidupan warga kota-adalah sebanyak RM2.3 billion setahun, di mana ia dua kali ganda daripada bajet Kerajaan Johor.
Mengikut laporan yang diterima, Majlis Perbandaran Kluang (MPK) mempunyai bajet sebanyak RM40 juta pada tahun 2012 di mana satu pertiga wang (RM13 juta) disalurkan kepada kategori “penyelenggaraan dan pembaikan”.
Kategori tersebut adalah perbelanjaan terbesar daripada MPK dan digunakan untuk pembersihan longkang dan sampah-sarap.
Walaupun peruntukan MPK adalah kecil berbanding dengan DBKL, tetapi setiap perbelanjaan MPK adalah daripada hasil titik peluh rakyat Kluang yang membayar cukai pintu dan lesen perniagaan.
“Tiada cukai tanpa perwakilan” (No taxation without representation) adalah slogan penting dalam konteks demokrasi dan pencukaian. Walaupun Penduduk Kluang membayar cukai sebanyak RM21 juta pada tahun 2012 tetapi mereka tidak diberi kuasa untuk memilih ahli-ahli majlis.
Penduduk Kluang seharusnya dikembali hak mereka untuk mengundi ahli-ahli majlis yang bermutu untuk menyelia MPK.
Untuk menjadikan Kluang dan bandar-bandar tempatan selesa didiami dan sejahtera (livable city), kami menyeru kepada Kerajaan Persekutuan BN untuk memulihkan PKT dengan meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Kerajaan Johor juga perlu mengikuti jejak Kerajaan Pulau Pinang untuk menggubal Enakmen Pilihanraya Kerajaan Tempatan supaya mendesak Kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan undi ketiga kepada rakyat jelata.