Skip to content

Raikan atau kritik Malindo atas kebaikan, bukan pada asas siapa yang memiliki syarikat penerbangan ini!

Antara tahun 2006 dan 2016, seramai 56,576 rakyat Malaysia melepaskan kerakyatan mereka. Menurut Laporan Bank Dunia pada tahun 2011, jumlah rakyat Malaysia mahir yang tinggal di luar negara telah meningkat 300 peratus dalam tempoh dua dekad, dengan dua daripada sepuluh rakyat Malaysia dengan pendidikan tinggi memilih untuk keluar daripada Malaysia. Minoriti yang meninggalkan negara ini menyatakan dasar diskriminasi dan polisi sebagai sebab mereka ke luar negara.

Meskipun aliran bakat Malaysia telah mencapai tahap kritikal, kita masih ada isu perkauman yang dimainkan secara berleluasa pada bila-bila masa yang mungkin, di negara ini. Ahli politik yang memerintah dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, seolah-olah membenarkan perkauman ini sebagai suatu sokongan yang tersendiri dengan terus berdiam diri. Minggu lepas, Pemuda UMNO bersama dengan parti Perkasa mempersoalkan 46% kepentingan dalam Malindo Air, yang kini dipegang oleh Ketua Pegawai Eksekutif Chandran Rama Murthy dan isterinya.

Bagi orang luar, ini seolah-olah mencipta kekecohan daripada perkara yang tiada apa-apa. Mereka betul, kerana rakyat Malaysia berketurunan India memegang saham dalam syarikat penerbangan bukanlah satu kesalahan. Terutama sekali selepas ucapan penuh emosi oleh Najib untuk menghapuskan kemiskinan kaum India semasa pelancaran Pelan Induk Masyarakat India (MIB). Jelas sekali Pelan Induk Masyarakat India ini adalah palsu apabila masyarakat India tidak boleh mendapatkan IC biru dan pemilikan syarikat penerbangan oleh masyarakat India turut dipersoalkan.

Tetapi tidak sampai dua bulan selepas solidariti ini kononnya, kita telah mendapat cemuhan dan menuntut penjelasan daripada kedua-dua UMNO dan Perkasa yang mengejek masyakat India berbuat baik. Isu IC biru dan status tanpa kewarganegaraan tetap tidak dapat diselesaikan. Pelan Induk Masyarakat India hanya sekadar pelan induk. Ini sangat membimbangkan. Kita perlu melangkaui permainan perkauman yang dimainkan oleh parti memerintah ini.

Daripada peluang yang sama, kecekapan dan keadilan, sistem sekarang yang memihak kepada individu atau kumpulan berdasarkan kaum dan agama dipolitikkan untuk mengekalkan status quo kepada mereka yang berkuasa. Sudah tiba masanya untuk menghentikan permainan perkauman yang berbahaya ini untuk mereka yang berkuasa. Perlukah kita berasa iri hati dengan kejayaan rakyat Malaysia dan mahu dia jatuh hanya kerana dia bukan daripada kumpulan etnik tertentu?

Selepas 60 tahun Merdeka, mengapa kita masih mempersoalkan antara satu sama lain, bukan berdasarkan siapa sebenarnya kita tetapi apa asal usul kita? Mempersoalkan Rama Murthy bermakna tiada bezanya dengan UMNO yang secara tiba-tiba mempersoalkan asal-usul keturunan India Tun Dr Mahathir Mohamad (walaupun itu tidak pernah menjadi masalah ketika beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun), sehingga UMNO sendiri keliru dengan datuk dan bapa beliau.

Kerajaan yang terus mempersoalkan latar belakang rakyatnya tidak sesuai untuk menjadi Kerajaan. Masih ada harapan untuk kita, apabila bekas Ketua Eksekutif MAS Abdul Aziz Abdul Rahman yang mempersoalkan sebagai tindak balas pertanyaan Perkasa dan Pemuda UMNO yang mempersoalkan pemilikan Malindo terhadap CEO nya, Chandran Rama Murthy dan isterinya, “Dia adalah rakyat Malaysia. Itu yang penting”.

Tidak cukup baguskah pencapaian dan kelayakan akademik seseorang, hanya kerana warna kulit yang berbeza? Kita perlu bermula semula selepas 60 tahun Merdeka, dengan kembali kepada asas-asas mengenai apa yang dimaksudkan sebagai seorang rakyat Malaysia ketika mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kita semua boleh bermula dengan mengiktiraf kemalaysiaan dengan mengiktiraf kejayaaan Rama Murthy dan mengucapkan selamat kepadanya.

Raikan atau kritik Malindo dengan atas kebaikan, bukan pada asas siapa yang memiliki syarikat penerbangan ini